Tubuh langsing idaman setiap lelaki dan wanita tidak kira bangsa. Namun, gaya hidup moden menerusi amalan pemakanan tidak seimbang serta lebih gemar makanan ringan menyebabkan usaha mendapatkan tubuh langsing menjadi sukar.
Kesibukan hidup terutama di bandar besar termasuk bebanan kerja setiap hari dikatakan menyumbang kepada kenaikan berat badan disebabkan kekangan masa untuk menjalani aktiviti beriadah.
Statistik Kementerian Kesihatan mencatatkan kadar kegemukan di kalangan rakyat negara ini semakin meningkat, iaitu daripada 20 peratus kepada 39 peratus sejak tujuh tahun lalu.
Menurut statistik berkenaan, setiap satu daripada lima orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti dengan 7.9 peratus daripada penduduk yang mengalami berat badan berlebihan terdiri daripada wanita manakala 4.7 peratus lagi lelaki.
Memahami keadaan itu di samping kajian teliti selama beberapa tahun, Himalaya Herbal Healthcare (Himalaya) edaran Embun Elit Sdn Bhd, menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan Ayurslim mulai 22 Januari lalu.
Kempen sepanjang tahun itu mensasarkan pengguna terdiri daripada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami masalah obesiti, dalam usaha memerangi kegemukan yang membawa kepada pelbagai jenis penyakit.
Ketua Pegawai Operasi Embun Elit Sdn Bhd, Marcel Gan, berkata masalah obesiti semakin serius dan meningkat tiga kali ganda di negara ini.
Jika tidak dirawat, katanya, masalah kegemukan boleh menyebabkan penyakit lain antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, sakit jantung dan barah.
"Kempen yang dijalankan menawarkan kiraan indeks jisim tubuh (BMI) secara percuma selain sesi penilaian kesihatan secara peribadi dengan pakar nutrisi.
"Kami turut memberikan sampel Ayurslim secara percuma kepada pelanggan bagi menilai sendiri kesan perubatan menerusi penggunaan herba tradisional," katanya di Plaza Gurney, Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Menurutnya, jika pengambilan Ayurslim diamalkan secara berdisiplin termasuk penjagaan makanan dan senaman secara konsisten, produk berkenaan mampu menunjukkan hasilnya dalam tempoh sebulan.
Melalui kempen kesedaran itu, Himalaya mempromosi produk pelangsingan badan secara semula jadi menggunakan herba terpilih berasal dari India, Ayurslim.
Ayurslim yang diperkenalkan sejak lebih 10 tahun lalu di pasaran antarabangsa, menggunakan bahan semula jadi terdiri daripada lima jenis herba yang bergabung untuk memberikan kesan menurunkan berat badan.
Lima bahan aktif yang terkandung dalam kapsul Ayurslim adalah garcinia cambogia, commiphora wightii, gymnema sylvestre, erminalia chebula dan trigonella foenum-graecum.
Gabungan lima bahan itu membantu untuk memecahkan lemak, mengurangkan kolesterol tidak baik, mengurangkan paras gula, menyingkirkan toksin dari badan dan mengurangkan berat.
Ia dijual pada harga RM44.90 bagi setiap botol berisi 60 kapsul. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.himalayahealthcare.com.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
21 Komen:
produk ni halal tak?
apa kesan sampingan masa mula2 makan ubat ni??
slam..saya dah menggunakan produk ni ..memang berkesan tetapi kena berdiet yg disiplin..pagi ambik makanan berat tapi kurangkan nasi tengah hari pun sama ,malam kena makan sebelum pukul 7 tetapi kalau boleh makan lah seperti oat,buah-buahan,nesvita ke..dan banaykkan minum air insyaaallah
y telah menghubungi pihak Himalaya sndr utk mendapatkan pengesahan tentang status gelatin yg digunakan. Mereka telah mengesahkan yg gelatin yg digunakan mempunyai sijil halal. Salinan sijil ade dengan sy.
saya ada guna produk ini,memang berkesan.sebelum saya mengambil produk ini,saya telah kena penyakit darah tinggi dan masalah kelenjar di pergelangan tangan.tapi alhamdulillah,habis 2 botol semua penyakit tu tiada lagi.selamat mencuba.
harga untuk produk ini (rm44.90) hanya semasa promosi je ke?
normal price berapa ye??
harga produk ni (rm 49.90) klu beli kat outlet himalaya sahaja ker...
Saudara Ezrin d Simic. boleh tak anda e-melkan salinan sijil tu kpd saya. Ini e-mel saya mohdasraf86@gmail.com. Saya harap sgt anda send salinan itu. terima kasih.
ade no fon x nak ambk ubt nie.?
adekah planggan yg bnyk kehilangan kg slepas makan produk ini??dan berapa kg yg kehilangan??
saya baru seminggu mengamalkan kapsul ayurslim ni.. masalah saya skrg, saya susah membuang air besar.. mengapa kah ini berlaku.. ada sesiapa yg boleh bantu saya dalam masalah ni..
Alhamdulillah.. produk ni berkesan walaupun sy tidak bersenam secara teratur & mkn tak menentu.. bagi sy, produk ni meningkatkan metabolisme seseorang... kwn & family cakap sy dah kurus... sy baru habiskan 2 botol produk nie..untuk mslh susah buang air besar.. sy pun alami masalah yg sm..kdg² pendarahan rektum berlaku.. cara mengatasi bykkan minum air & serat...try minum serat yg ada jual kat farmasi... sy nak berusaha lagi mencapai BMI saya.. InsyaAllah
saya dh menggunakan ayurslim selama 2bln,dlm tempoh sbln pertama berat bdn saya turun 5kg...bdn pun semakin terasa ringan,,,bln ke2 berat saya turun lagi 3kg...kini saya mengambil ayurslim bersama shuddha guggulu utk pengawalan kolestrol...alhamdulillah Dr mengesahkan tahap kolestrol saya berada dlm kadar yg baik tidak seperti sblmnya dimana kadar kolestrol saya agak tinggi sedikit walaupun tidak berada dlm tahap yg kritikal...Dr juga memberitahu produk himalaya mmg bagus kerana ianya berasaskan herba...walaubagaimanapun Dr menasihatkan sekiranya ada berlaku apa2 kesan sampingan hendaklah hentikan pengambilan serta merta & berjumpa dgn Dr...
Salam.. Ternyata pill Ayurslim dapat membantu saya menjalankan amalan hidup yang lebih sihat. Baru seminggu saya mengamalkan, berat saya dah turun 2kg. Untuk hasil yang lebih memuaskan, amalkan pemakanan sihat dan bersenam selalu. Amalkan konsep Breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar. InshaAllah, dengan usaha semua takkan menjadi mustahil. Oh ya, jangan lupa minum banyak air! :D
baru nak ambil produk ayu slim nie...tak sabar nak tunggu hasilnya nanti....
start sy makan pil ni....perut cepat lapar...asyik nk makan je
Asking questions are truly pleasant thing if you are not understanding something totally, except this post presents nice understanding yet.
Feel free to visit my web-site - http://itswiki.info/w/index.php?title=Person_Suffering_From_Diabetes_Diet_Remedy_Eats_Excess_Body_Fat
Produk ni boleh ambil ketika haid tak?
Boleh ambil ketika datang bulan ke?
hi semua, saya pula sudah mengambil ubat ni selama 3bulan, berat saya 90kg, setakat ini takder penurunan badan tetapi sebaliknya mampu untuk regulate aturan haid saya(sbb sblm ni sy dtg haid sekali/dua kali setahun je). Bila dah mkn nie, haid dtg tiap bulan pula,jadi sy rasa pil ni bukan shj utk penurunan berat tapi utk keseluruhan badan....
hi..saya pun baru jew mkn ubt ni dah masuk 3 minggu tapi x de la nampak turun berat lagi masih sama sblem sya mkn ubt ni..(76kg)..saya akn cuba lagi..untuk turunkan berat yg terlampau berat ni..pasni saya nak cube ambil ubt ni + suddha gugulu pulak..
Catat Ulasan