Berat Badan Susut 240kg
Nancy Makin tidak pernah hairan jika orang lain tertanya-tanya mengapa atau bagaimana dia menjadi terlalu gemuk sehingga beratnya mencecah 317.5 kilogram (kg) satu ketika dulu.
Walaupun sesetengah pihak menganggapnya melalui zaman sukar sehingga mendorong dia makan berlebihan, bagi Nancy ia adalah sebaliknya. “Ia berlaku beransur-ansur,” katanya.
Ketika berusia 10 tahun, lebihan berat badannya hanya kira-kira empat kg tetapi disebabkan penampilannya berbeza, dia menjadi bahan ketawa.
Nancy berkahwin ketika berusia 15 tahun. Pasangannya adalah budak lelaki kedua pernah diciumnya sebelum itu.
“Apabila saya dan suami bercerai 10 tahun kemudian, saya mengalami berat badan yang berlebihan kira-kira 19 kg,” katanya.
Di kolej, Nancy belajar ilmu masakan dan sentiasa memberi tumpuan kepada pembelajarannya.
Disebabkan itu, sedikit demi sedikit lebihan berat badannya hilang dan keadaan itu sangat menggembirakannya.
Selepas habis belajar, Nancy diterima bekerja sebagai pengurus restoran.
“Entah, mungkin disebabkan tekanan menjadi ibu tunggal, berat badan saya meningkat kepada hampir 101 kg dan keadaan seolah-olah tidak terkawal,” katanya.
Walaupun begitu, pada zahirnya Nancy kelihatan gembira dan tidak bimbang. “Namun di dalam hati, saya terlalu sedih,” katanya.
Dalam keadaan begitu, dia mampu menghabiskan empat biji telur dan sandwic daging panggang pada tengah malam.
Jika ada lebihan makanan semalam, ia menjadi hidangan Nancy keesokan harinya — walaupun dalam keadaan sejuk.
“Makanan tidak semestinya lazat kerana saya makan untuk menenangkan fikiran,” katanya.
Secara jujur, Nancy mengakui dia ‘membenci dirinya’ sebaik saja mula memasak hinggalah kunyahan terakhir.
Namun, ia tidak menghalang Nancy daripada terus melahap dan melayan desakan nafsu makannya.
Pada peringkat awal, berat badannya menjadi 114.3 kg sebelum bertambah kepada 127 kg. “Saya makan untuk mengisi kekosongan dalam jiwa,” katanya.
Apabila berat badannya terus meningkat menjadi 184 kg, Nancy terpaksa berhenti kerja kerana pergerakannya mulai terbatas.
Jika perlu membeli barangan keperluan rumah, Nancy memilih malam untuk berbelanja bagi mengelak penampilan dirinya menjadi perhatian lebih ramai orang.
Bagaimanapun, pada satu ketika Nancy tidak mampu masuk ke kereta kerana saiz badannya terlalu besar, selain tidak berdaya melangkah ke lif.
“Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, saya terpaksa berkurung di rumah,” katanya.
Satu hari, anaknya datang melawatnya di rumah. Kata Nancy, ketika itu dia terlalu lemah, menyebabkan anaknya mendesak dia pergi ke hospital.
“Bagaimana saya mahu ke hospital, sedangkan untuk bergerak pun saya tidak mampu,” katanya.
Sebagai langkah penyelesaian, anak Nancy menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan mengangkatnya masuk ke ambulans.
“Saya tinggal di Grand Rapids, Michigan dan semua jiran terkejut melihat keadaan saya,” katanya.
Nancy berkata, disebabkan badannya seberat 317 kg, dia tidak menyalahkan mereka kerana tercengang melihat keadaan itu.
Di hospital, doktor memberitahu dia menghidap pneumonia, kurang makanan berkhasiat dan anaemic (kurang darah).
“Berat badan saya berkurangan sebanyak 32 kg dalam tempoh sebulan tetapi apabila balik, keadaan kembali kepada asal,” katanya.
Sebenarnya, berat badan Nancy bertambah lebih banyak, iaitu 319.5 kg.
Pada ulang tahun kelahirannya yang ke-43, kakak Nancy, Carolyn, menghadiahkan sebuah komputer, manakala sepupunya menggalakkan dia menyertai satu laman sembang Internet.
“Disebabkan saya meminati politik, saya melayari beberapa laman web politik dan saling berbalas e-mel dengan kenalan maya. Sejak itu dunia baru muncul di depan saya,” katanya.
Tanpa perlu berdepan secara fizikal, tiada sesiapa perlu tahu bagaimana keadaan fizikal Nancy ketika mereka saling berhubung.
“Saya menjadi gembira kerana akhirnya saya seperti dihargai dan bernilai.
“Sebaik saja bangun pagi, saya menghidupkan komputer berbanding membuka peti sejuk. Kesibukan menaip dan melayari Internet menyebabkan saya tiada masa untuk mengunyah makanan,” katanya.
Nancy tidak menyedari perubahan dialaminya sehingga pada satu hari seekor kucing melompat ke ribanya. Sebelum itu, tidak mungkin kucing boleh bermanja dan duduk di riba Nancy.
“Gelebeh perut saya melepasi lutut dan pinggang pula hampir mencecah buku lali. Apabila kucing itu duduk di riba, ia adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya.
Pada satu malam lain, Nancy yang terbaring di atas katil mengalih posisinya untuk lebih selesa.
Kemampuannya mengalih badan di atas katil adalah sesuatu yang hanya mampu dilakukannya bertahun-tahun lalu sebelum badannya menjadi terlalu besar.
“Sejak itu saya lebih bersemangat dan mula beriadah secara sembunyi-sembunyi, seperti berulang kali menaiki tangga di rumah pada waktu malam. Saya juga membeli jeans yang sedikit kecil daripada biasa,” katanya.
Pada ketika tertentu Nancy mencubanya, tetapi tidak pernah berjaya. Bagaimanapun, pada satu hari jeans itu mampu dipakainya, tetapi keadaan sangat ketat.
Disebabkan terlalu gembira, dia mengenakan jeans berkenaan selama dua hari. Kini selepas empat tahun, berat badan Nancy menyusut 241 kg.
“Ia satu proses panjang tetapi pekerjaan saya sebagai tukang cuci banyak membantu,” katanya.
Kerjaya Nancy memerlukannya mengangkat baldi air yang berat dan naik turun tangga. “Ia adalah tugasan baik untuk mengurangkan berat badan,” katanya.
Nancy juga menyedari selama ini dia seolah-olah hidup dalam dunia sendiri dan terpisah daripada realiti. Untuk mengisi kekosongan itu, dia memilih makanan sebagai ‘teman’.
“Akhirnya saya menyedari kesilapan itu dan kini mampu hidup seperti orang lain — membeli-belah, bertemu rakan atau sekadar bersiar-siar di taman.
“Saya kini menikmati hidup dengan lebih bermakna,” katanya.

0 Komen:
Catat Ulasan