Home » » Sinopsis Telemovie Di Pintu Barzakh,TV1

Sinopsis Telemovie Di Pintu Barzakh,TV1

Sinopsis Telemovie Di Pintu Barzakh,TV1



Telemovie Di Pintu Barzakh dibintangi oleh Anding AF, Sahronizam Noor, Safura Yacob dan Ku Mohd Yusri Abd Rahman ini mengenengahkan kisah bermula dengan kemalangan yang berlaku pada Lisa dan Badrol, yang berlaku pada sehari sebelum Hari Raya ketika mereka hendak ke lapangan terbang bagi urusan perkahwinan di luar negara.

Insiden yang menimpa Lisa telah menggemparkan kedua ibu bapanya, Rahman dan Salmah. Mereka keliru. Apakah Lisa adalah Alias? Satu-satunya anak lelaki mereka yang telah lari meninggalkan rumah lima tahun lalu setelah satu hari Rahman membelasahnya? Doktor yang merawat Lisa pula mengesahkan Lisa telah melakukan pembedahan jantina.

Ketika Rahman dan Salmah berperang dengan kemelut untuk mempastikan sama ada anak mereka lelaki dan perempuan, Lisa yang koma pula berperang dalam diri sendiri. Alias bertegas mengatakan Lisa adalah dirinya – seorang lelaki. Manakala Lisa pula mendakwa jiwa dan perasaannya adalah perempuan. Mereka saling menyalahkan. Malah Alias sendiri sebenarnya tidak setuju apabila Lisa mengambil keputusan untuk ke Jerman untuk melakukan pembedahan jantina. Bagaimanapun atas dorongan seorang teman, Alias kalah dengan keinginan Lisa.

Alias cuba mengajak Lisa ke pangkal jalan. Namun Lisa merasakan kehadirannya sebagai lelaki telah menjadi objek cacian dan hinaan seluruh keluarganya. Alias mengimbas detik-detik Rahman membelasahnya apabila dia mencalit lipstik ke bibirnya. Bukan sahaja dibelasah, malah Rahman turut menghalau Alias kerana dianggap memalukan keluarga. Alias melarikan diri dan berkenalan dengan Hisyam (seorang pondan).

Dari situ bermulalah kehidupan Alias sebagai Lisa. Semakin hari, identiti Alias semakin hilang dan apabila Lisa berkenalan dengan Elis, seorang pondan yang telah melakukan pembedahan jantina, Lisa mula membuat keputusan nekad untuk menurut jejak Elis. Alias dan Hisyam kesal dengan sikap Lisa tetapi Lisa menempelak Alias dengan mengatakan kehadiran Alias tidak diperlukan oleh keluarga. Alang-alang menjadi anak buangan, Lisa rela melupuskan terus identiti Alias dalam kehidupannya.

Rahman tidak menduga sejauh itu Alias bertindak. Dia bukan sahaja malu dengan apa yang telah dilakukan oleh Alias, namun mula memikirkan bagaimana jika Alias meninggal dunia. Siapakah anaknya itu yang sebenarnya? Alias atau Lisa? Bagaimanakah jenazahnya akan diuruskan? Dengan cara lelaki atau perempuan? Fizikal Alias sekarang memanglah perempuan tetapi dia pasti yang Alias dilahirkan sebagai lelaki. Rahman bingung. Salmah menangis tidak sudah.

Adakah Lisa dikebumikan sebagai lelaki atau pun wanita? Saksikan kesudahannya menerusi telemovie menarik, Di Pintu Barzakh pada 4 Disember 2010 (Sabtu), jam 10.30 malam di TV1.

Kredit:Budiey



Affiliates

 
Chatroom