Home » Khasiat air liur lintah (Bekam Lintah)

Khasiat air liur lintah (Bekam Lintah)

Lintah akan menghisap darah kotor pada bahagian kepala yang mengalami masalah migrain.

Di sebuah pusat kecantikan, penulis memerhatikan seekor lintah menghisap darah kotor keluar dari bahagian kepala pesakit.


Teknik rawatan itu semakin mendapat sambutan khususnya bagi mereka yang inginkan rawatan tradisional atau alternatif lain.

Rawatan yang dikenali sebagai bekam lintah itu merupakan sejenis perubatan tradisional untuk membuang darah-darah kotor dari tubuh pesakit. Darah-darah kotor akan disedut oleh lintah bertujuan menyahkan darah kotor.

Lintah digunakan sebagai medium bagi menarik keluar darah kotor dari tubuh.

Keistimewaan lintah terdapat pada air liurnya yang mengandungi 17 unsur penting terutamanya hirudin, yang berfungsi bagi menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.

Selain itu, terdapat juga ekstrak hormon pheromone yang merangsang pengeluaran bau tubuh. Ekstrak ini berguna dalam mengatasi masalah hubungan seksual.

Ekstrak histamine pula berfungsi bagi membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah sementara ekstrak nitri oxide pula dapat mempercepatkan peredaran darah.

Dari sudut perubatan pula, lintah daripada spesies Hirudo Medicianalis. banyak digunakan dalam membantu merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti penyakit jantung, darah tinggi, migrain, sakit kepala dan sebagainya.

Sebagai rumusan, kedua-dua bidang ini saling melengkapi dan mempunyai kelebihan bagi mengenal pasti tanda-tanda penyakit atau masalah dalaman.

Bekam lintah merupakan salah satu rawatan alternatif bagi mengurangkan atau menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH



Affiliates

 
Chatroom