Home » Sinopsis Begitukah Cinta,slot Akasia TV3 Isnin hingga Khamis, jam 7 malam.

Sinopsis Begitukah Cinta,slot Akasia TV3 Isnin hingga Khamis, jam 7 malam.

Sinopsis Drama Begitukah Cinta
Drama Begitukah Cinta mengisahkan Riana dan Nazril yang pada mulanya kawan biasa, akhirnya menjalinkan cinta. Namun, darjat menjadi benteng besar umpama pemisah untuk hidup bahagia. Nazril adalah anak keluarga berada dan ternama, sedangkan Riana pula dilahirkan yatim piatu, dan dibesarkan nenek sejak kematian ibu bapanya.

Sinopsis Drama Begitukah Cinta

Belajar di kolej sama, Nazril menjadi buruan gadis sebaya, manakala Riana terpaksa memendam rasa kerana kedudukan mereka yang jauh berbeza. Namun, panggilan cinta merapatkan perasaan yang selama ini menjadi rahsia, akhirnya tidak mampu dibendung lagi. Nazril meluah rasa cinta, dan Riana menerima dengan perasaan yang berbelah bagi.

Akibat kesempitan hidup, Riana terpaksa berhenti belajar. Neneknya, Halimah, menyesali keputusan drastik Riana dan menganggap tindakan itu satu kesilapan besar. Selepas menerima ugutan daripada ibu Nazril yang mahu Riana menjauhi anaknya, bapa saudara Riana, Malik pula memaksa dia untuk berkahwin dengan seorang rakannya yang kaya. Riana enggan, tetapi dipaksa kerana Malik sudah `menjual’ Riana dengan harga RM100,000. Akibat ugutan perkosa oleh Malik, Riana melarikan diri dari rumah, tanpa diketahui Halimah dan Nazril.

Satu malam, kehormatan Riana hampir tergadai angkara seorang lelaki dan teman rapatnya, Roza. Apakah kemungkinan yang bakal terjadi? Hayati kuasa utuh cinta dan kasih sayang yang mampu mengubah nasib dan keadaan menerusi drama hebat TV3 ini.

Begitukah Cinta terbitan Suhan Movies mengungkap kisah penuh dugaan dan air mata dua remaja yang saling menyintai antara satu sama lain, namun hubungan mereka tidak direstui keluarga kerana perbezaan status dan latar belakang. Drama arahan Haikal Hanafiah bersama penulis skrip Sharifah Abu Salem ini menampilkan lakonan hebat Nazim Othman sebagai Nazril dan Ainul Aisyah sebagai Riana.







Affiliates

 
Chatroom