Home » » » 2 Latihan Mudah Bakar Kalori Dengan Cepat

2 Latihan Mudah Bakar Kalori Dengan Cepat

Untuk menurunkan berat badan, idealnya anda perlu berlatih sekurang-kurangnya selama 45 ke 60 minit. Agar hasilnya optimum, sebaiknya anda menggabungkan latihan kardio dengan latihan beban. Sekiranya anda tidak mempunyai waktu selama itu, jangan pula tidak bersenam langsung. Asalkan anda tahu triknya, anda tetap boleh kelihatan sihat dan cergas tanpa perlu berlatih selama itu. Kalori masih banyak terbakar dalam tempoh 30 minit atau kurang.

Berikut adalah 2 latihan yang boleh anda lakukan agar dapat membakar 300 kalori dalam waktu 30 minit atau kurang. Sekiranya dilakukan secara rutin minimum tiga kali seminggu, latihan ini dapat membantu meningkatkan kecergasan di samping mengekalkan kelangsingan tubuh anda.

1.Berlari Di ’Treadmill’
Latihan ini dapat membantu membakar kalori sebanyak sembilan kalori per minit. Oleh itu, dalam tempoh 30 minit anda mampu membakar sebanyak 270 kalori. Sekiranya anda menggabungkan latihan ini dengan aktivpemanasan, lakukan latihan ‘interval’ ini: Mulakan dengan berlari dengan kelajuan lima. Selepas seminit, tambah kelajuan menjadi enam, kemudian tujuh, lapan dan seterusnya sembilan setiap seminit. Sewaktu berada pada kelajuan sembilan, berlarilah selama dua minit. Kemudian, turunkan kepada kelajuan lima. Ulanginya lagi dari tahap awal hingga 30 minit.

2.Stepper
Biarpun mekanisme peralatan ini membuatkan anda bergerak seperti menaiki tangga, tangan tidak terlalu banyak bergerak kecuali anda tidak memegang. Namun, anda harus menjaga keseimbangan tubuh. Untuk mencapai 300 kalori dalam tempoh 30 minit, anda perlu menetapkan alat ini kepada tahap lima. Kekalkan tahap ini hingga selesai latihan. Sekiranya anda kepenatan, perlahankan langkah selama satu minit.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom