Walaupun sihat, seseorang yang berbadan gemuk mungkin berdepan risiko maut khusus apabila dijangkiti virus H1N1, lapor penyelidik AS semalam.
Menurut kenyataan Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan, daripada 10 penghidap selesema babi di Michigan yang tenat, tujuh daripada mereka adalah gemuk melampau.
Dua daripada tiga yang maut adalah pesakit gemuk.
Penyelidik dari Pusat Perubatan Universiti Michigan, Dr Lena Napolitano, berkata dia mengkaji 10 pesakit selesema babi yang dirawat di unit rawatan rapi kerana masalah pernafasan.
“Daripada 10 pesakit, sembilan mengalami obesiti, termasuk tujuh yang melampau,” katanya.
Dr Lena berkata, sembilan daripada mangsa itu mengalami kegagalan organ berganda, lima darah beku pada paru-paru dan enam kegagalan buah pinggang.
“Tiada seorang pun yang pulih sepenuhnya,” katanya.
Bagi merawatnya, penyelidik terbabit tidak pasti jika ada dos lebih tinggi diperlukan untuk merawat penghida selesema babi gemuk.
“Belum dapat dipastikan sama ada obesiti adalah faktor tunggal menyebabkan komplikasi serius ke atas pesakit,” katanya. - Reuters
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan