Home » » » Model paling top dan kaya di dunia

Model paling top dan kaya di dunia

Untuk tergolong dalam senarai supermodel, sudah pasti anda perlu berjalan, mengerutkan muka, memakai apa yang diarah dan menanggalkan sebahagian besar pakaian apabila diperlukan.

Di samping itu, anda juga perlu langsing dan cantik serta mempunyai sikap yang boleh menjadi sumber kewangan. Ramai gadis dan wanita bercita-cita bergelar supermodel tetapi hanya sedikit yang berjaya.

Bagi yang berjaya, bukan setakat mereka menjadi terkenal dan diburu, tetapi juga berpeluang meraih pendapatan berjuta-juta dolar setahun seperti 10 supermodel di bawah yang berpendapatan paling tinggi di kalangan supermodel, menurut Walletpop.co.uk baru-baru ini.

Gisele Bundchen

Gisele Bundchen mencatatkan pendapatan paling tinggi berbanding supermodel lain walaupun terpaksa berehat seketika tahun lalu kerana melahirkan anak pertamanya.
Dia berada di senarai teratas sejak 2006 dan mengungguli senarai tahun lalu dengan pendapatan AS$35 juta (RM118 juta)

Harta terkumpulnya kini dipercayai kira-kira AS$150 juta (RM512 juta). Berdiri, duduk dan berjalan adalah kemahiran yang membolehkan dia meraih sejumlah besar wang itu di samping menjadi duta pelbagai produk sejak sekian lama, dari Ralph Lauren hingga ke Victoria's Secret.

Dia juga menjadi model selipar yang paling laris di Brazil.

Supermodel itu juga cuba menceburi bidang lakonan apabila memegang watak kecil dalam drama The Devil Wears Prada.



Heidi Klum

Mengekori di belakang Gisele ialah Heidi Klum, ahli perniagaan wanita yang mengagumkan dan ibu empat anak, dengan yang terbaru dilahirkan tahun lalu. Heidi memang terbukti bekerja keras untuk membolehkannya memperoleh pendapatan sebanyak AS$14 juta (RM48 juta) tahun lalu. Dia yang digelar 'The Body' memperoleh pendapatan lumayan dengan memperagakan pakaian di samping menjadi hos serta penerbit eksekutif untuk rancangan realiti, Project Runway dan Germany's Next Top Model. Heidi turut mereka fesyen pakaian, termasuk kasut untuk kaum lelaki, barang kemas dan baju renang.

Selain itu, dia mempunyai dua jenama minyak wangi dan masih ada masa untuk melukis serta menulis. Seperti Gisele, Heidi juga dikatakan cuba berjinak-jinak dengan bidang lakonan.

Kate Moss

Kate Moss menduduki tempat ketiga senarai dengan pendapatan sebanyak AS$7.5 juta (RM25.5 juta). Dia lebih terkenal kerana kehidupan yang menggambarkan imej negatif. Namun dia tetap menjadi pilihan syarikat produk kecantikan dan pakaian, termasuk Rimmel London. Selain itu, Kate juga berjaya dalam dunia rekaan fesyen dan memperagakan pakaian keluaran Topshop. Penceburannya dalam dunia muzik bagaimanapun tidak secemerlang kariernya sebagai peragawati.


Adriana Lima

Adriana Lima, yang menduduki tempat keempat, memperoleh pendapatan AS$7 juta (RM24 juta) sepanjang 2009. Dia terkenal dengan produk Victoria's Secret yang membantunya meraih pendapatan tinggi sejak sembilan tahun lalu. Dia juga muncul dalam siri televisyen Ugly Betty di samping sering digolongan sebagai wanita paling seksi dunia.

Doutzen Kroes

Doutzen Kroes berada di tangga kelima dengan pendapatan AS$6 juta (RM20 juta). Seperti Adriana, Doutzen juga terkenal kerana menjadi model Victoria's Secret. Dia juga menjadi duta beberapa produk lain, termasuk Gucci dan minyak wangi Calvin Klein Eternity.


Karolina Kurkova

Karolina Kurkova menyusuli Doutzen dengan pendapatan sebanyak AS$5 juta (17 juta). Bekas model Victoria's Secret itu masih menjadi rebutan beberapa syarikat pengeluar dan sehingga ini sudah 20 kali menghiasi muka depan majalah Vogue. Perkembangan terbaru menyaksikan dia membabitkan diri dalam bidang lakonan, termasuk memegang peranan dalam filem GI Joe dan The Rise of the Cobra.

Natalia Vodianova

Natalia Vodianova menduduki tangga ke tujuh dengan pendapatan AS$4.8 juta (RM16 juta) sepanjang tahun lalu. Selain sibuk dengan tugasan modeling, Natalia juga mereka fesyen pakaian dan memperagakan pakaian dalam. Dia pernah muncul dalam beberapa filem. Saat paling menggembirakannya ialah menjadi hos bersama Pertandingan Lagu Eurovision 2009.

Carolyn Murphy

Carolyn Murphy berada di tempat kelapan dengan pendapatan kira-kira AS$4.5 juta (RM15.3 juta). Dia dinobatkan sebagai model alaf lalu oleh majalah Vogue dan sudah lapan tahun menjadi model Estee Lauder. Dia mungkin masih diingati kerana pita rakaman seks dengan bekas suaminya ketika mereka bercuti di Barbados pada 1999. Pita berkenaan disebarkan menerusi Internet oleh bekas suaminya pada 2006.

Daria Werbowy

Dilahirkan di Cracow, Poland, Daria memegang dua kerakyatan, Kanada dan Poland. Dia menduduki tangga kesembilan dengan meraih pendapatan sebanyak AS$3.8 juta (RM13 juta), pada tahun ke-12 pembabitannya dalam dunia modeling.
Selain terkenal sebagai model atas pentas, Daria juga memperagakan produk Lancome, Prada, Yves Saint Laurent, Pepe Jeans, Roberto Cavalli, Gucci, Hermes, Valentino, David Yurman, Missoni, Versace, Louis Vuitton dan Chanel.


Miranda Kerr

Di tempat ke-10 ialah Miranda Kerr, model warga Australia yang lebih terkenal kerana terlibat memperagakan produk Victoria's Secret sejak pertengahan 2007. Miranda yang meraih pendapatan AS$3.5 juta (RM12 juta) tahun lalu mula melibatkan diri dalam industri fesyen pada awal belasan tahun selepas memenangi pertandingan anjuran sebuah majalah Australia. Selain menjadi teman wanita pelakon Orlando Bloom, Miranda juga dijangka melancarkan produk penjagaan kulit organik jenamanya sendiri tidak lama lagi.



2 Komen:

SpModels berkata...

What a great blog. I love it. Kindly visit http://www.spmodels.net if you need models. Thanks

Tanpa Nama berkata...

Express On your own With Home Coat hangers

my homepage ... leads for lawyers
Here is my web-site ... attorney leads

Catat Ulasan

 
Chatroom