Home » » Ujibakat Mentor 4 (Lokasi Dan Tarikh)

Ujibakat Mentor 4 (Lokasi Dan Tarikh)

Sesi ujibakat Mentor 4 akan diadakan seperti berikut:



Untuk mereka yang berada di Sabah & Sarawak:

21 Februari: Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
28 Februari: Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
(Peserta-peserta terbaik akan diterbangkan ke Semenanjung Malaysia untuk ujibakat dengan mentor-mentor terpilih.)

Untuk mereka yang berada di Semenanjung Malaysia, ujibakat dengan setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pada tarikh yang tertera seperti di bawah:

6 Mac: Ziana Zain
7 Mac: Mas Idayu
13 Mac: Mus (May)
14 Mac: Azmeer
20 Mac: Joe Flizzow
21 Mac: Dayang Nurfaizah

Protege yang layak memasuki gelanggang Mentor semestinya:

1. berusia di antara 18 - 25 tahun
2. warganegara Malaysia yang memiliki bakat, vokal mantap dan pakej
3. berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka
4. menyanyi secara solo
5. tidak terikat dengan sebarang kontrak
6. boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor

Peserta harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R, dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Mentor musim keempat akan ditayangkan bermula 11 April, setiap Ahad, jam 9 malam. Ally Iskandar kembali sebagai pengacara. Selain konsert mingguan Mentor, saksikan juga Jurnal Protege, ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.28 malam, yang memaparkan diari harian protege. Layari www.tv3.com.my/mentor4 untuk maklumat lanjut.



 
Chatroom