Home » Piala Dunia FIFA 2010 di ASTRO

Piala Dunia FIFA 2010 di ASTRO

Kehangatan Piala Dunia FIFA 2010 makin membara dan pastinya pelbagai rancangan bakal membawakan pengalaman berbeza menerusi TV, internet dan telefon mudah alih. Kini anda bakal menyaksikan 64 perlawanan secara langsung berdefinisi tinggi HD selama sebulan bermula 11 Jun ini menerusi pakej sukan Astro B.yond.

Kandungan yang ditawarkan bukan sahaja bertumpu di kaca TV, malah kini dilebarkan sayapnya kepada perkhidmatan video streaming menerusi www.astro.com.my/stadiumastro. Anda juga boleh menyaksikan Piala Dunia secara percuma dengan mendaftar di www.astro.com.my

Selain liputan radio dan TV, anda juga dapat mengikuti perkembangan semasa Piala Dunia seperti maklumat terkini, keputusan dan statistik pasukan, maklumat pemain dan perlawanan secara langsung seperti Fantasy Football.

Anda boleh menonton perlawanan ini di saluran sukan tempatan 24 jam Astro Arena (saluran 801) dan Astro Wah Lai Toi (saluran 311).



 
Chatroom