Perisytiharan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang berlangsung pada tanggal 11 April ini bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud bakal menjadi perhatian dan tarikan bukan saja rakyat Malaysia tetapi dunia luar.
Senario setiap lima tahun dilihat antara yang menarik berlaku di Malaysia dan menjadi bualan masyarakat dunia yang menganggapnya sebagai salah satu keunikan di negara ini.
Malaysia adalah antara sebilangan kecil negara di dunia yang tetap meletakkan institusi raja di tempat teratas malah turut berbeza dengan negara lain terutama menerusi sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong yang mana raja tidak memilih keturunannya menggantikannya tetapi pemilihan dibuat melalui mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja dianggotai Raja Perlis dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Sultan Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
Majlis Raja-Raja juga mempunyai anggota bukan raja, iaitu Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang tidak layak menjadi Yang di-Pertuan Agong atau mengundi dalam pemilihan jawatan itu.
Ia berlaku berikutan kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan dengan sembilan daripada negeri yang membentuk Malaysia mempunyai Raja Melayu menyebabkan semua raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali empat negeri berkenaan.
Selepas pemilihan dibuat, Yang di-Pertuan Agong akan berkhidmat sebagai 'Raja Malaysia' selama lima tahun dan sepanjang penggiliran ini, tiada raja yang akan berkhidmat selama dua penggal kecuali gilirannya tiba.
Bagaimanapun, terdapat pengecualian apabila ada raja-raja yang menolak pencalonan sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti dilakukan Sultan Pahang dan Johor.
Jika dilihat sejarah sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong bermula selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957 seterusnya menggunakan sistem Raja Berperlembagaan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dikalangan Raja Melayu.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, dipilih Yang di-Pertuan Agong pertama dan ditabalkan pada 2 September 1957.
Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong, orang yang terutama di Malaysia, tidak dipilih oleh rakyat tetapi oleh sembilan Raja-raja Melayu berkenaan pada persidangan Majlis Raja-Raja, bagi memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja membentuk institusi pemerintahan beraja bukan sekadar simbolik, tetapi adalah sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan, manakala rakyat melihat institusi ini sebagai sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara.
Menariknya, perlantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 adalah pertabalan kedua untuk baginda selepas dilantik buat pertama kalinya pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975.
Majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 adalah upacara adat istiadat istana yang amat dinantikan oleh rakyat Malaysia setiap lima tahun sekali sekali gus menjunjung sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang menjadi amalan di negara ini.
Upacara yang disiarkan menerusi televisyen itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bersama meraikan dan menyaksikan majlis yang penuh bersejarah.
Laungan `Daulat Tuanku' yang berkumandang sebanyak tiga kali sebaik saja Seri Paduka selesai melafazkan ikrar sebagai ketua negara adalah lambang taat setia rakyat terhadap baginda yang tidak berbelah-bahagi.
Ini bertepatan dengan lafaz ikrar dalam tulisan jawi di atas kulit kambing, Seri Paduka berjanji menjalankan seadil-adilnya pemerintahan mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara, serta memelihara agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara.