Sinopsis Paan Paiz
Paan Paiz menceritakan tentang Paan (Zalif Sidek) dan Paiz (Zahiril Adzim) berkawan baik sejak kanak-kanak. Hubungan mereka berdua sangat erat dan jarang berenggang walaupun sudah meningkat dewasa. Paan seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab. Berlainan pula kawan baiknya, Paiz seorang yang kacak, bergaya dan rajin.
Paiz memulakan kerjayanya sebagai arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang.
Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk berkahwin. Paan turut menjadi marah kerana Paiz berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu? Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan `merampas" baiknya.
Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paan berumah tangga, Paiz yang bersifat keanakanakan itu sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paan bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar dari rumahnya selepas kahwin.
Dira mula rimas dengan sikap abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apaapa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha (Noryati Taib) untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari rumah mereka. Apakah rancangan Dira akan berhasil?
Drama komedi terbaru berjudul Paan Paiz ini diterbitkan Radius One Sdn. Bhd, menampilkan barisan pelakon yang semakin meningkat naik, Zalif Sidek dan Zahiril Adzim, selain Sari Yanti, Noryati Taib dan Razak Ahmad.
Bakal bersiaran selama 13 episod, jangan ketinggalan menyaksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Shahrulezad Mohameddin mulai 11 April ini, setiap Rabu jam 10 malam menerusi TV3.
Artikel disediakan oleh Unit Perhubungan Awam & Acara TV3
Video Promo Drama Paan Paiz