Sinopsis drama Secangkir Keredaan
Secangkir Keredaan mengisahkan Fariz yang mencari semula ayah kandungnya yang menjualnya dengan harga RM5,000 kepada Saleha yang juga saudaranya ketika dia masih kecil.
Biarpun tidak dapat memaafkan ayahnya, dia sering bermimpikan ayahnya sehingga membuatkan hidupnya tidak tenang. Tambahan pula, dia bakal melangsungkan perkahwinan. Berbekalkan dendam di hati, dia mencari ayahnya di sebuah perkampungan nelayan.
Bagaimanapun, selepas dua minggu mencari, tiada seorang pun orang kampung mengetahui di mana ayahnya. Yang ditemuinya hanyalah dua kanak-kanak miskin iaitu Syuqran dan adiknya, Suriani yang mencalarkan keretanya.
Syuqran terpaksa membaling batu kecil terhadap kereta Fariz untuk memintanya berhenti kerana Suriani mengalami luka di lutut dan perlu dibawa ke klinik. Fariz membawa Suriani ke klinik berdekatan dan memberikan mereka wang RM50 sebelum pulang ke bandar.
Sementara itu, ibu angkatnya, Saleha hairan dengan perubahan sikap Fariz. Begitu juga tunangnya, Sarah melihat perubahan Fariz yang enggan lagi berfoya-foya di kelab dan karaoke.
Syuqran dan Suriani terpaksa menjaga ayah mereka, Osman yang sakit dan mereka bergantung hidup dengan mencari barangan lusuh untuk dijual. Ada cadangan daripada ketua kampung untuk menghantar mereka ke rumah anak yatim, namun Syuqran membantah.
Walaupun Osman hanya ayah angkat, kedua-dua beradik ini menyayangi Osman yang menjumpai mereka di tempat pembuangan sampah. Kasih sayang yang diberikan Osman membuatkan mereka nekad membalas jasanya.
Pelbagai rentetan menarik dan konflik tercetus menerusi drama arahan Murali Abdullah ini. Siapakah sebenarnya Fariz dan siapa pula Osman? Apa pula kaitan Syuqran dan Suriani dalam hidup Fariz?
Secangkir Keredaan lakonan Ako Mustaffa, Nurul Nadia, Abu Bakar Omar, Kak Chik, Shukran, Abu Bakar Juah dan Soffi Jikan.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...