Home » » Sinopsis Nurin Najwa (Cerekarama TV3)

Sinopsis Nurin Najwa (Cerekarama TV3)

Sinopsis drama Nurin Najwa

Nurin Najwa, anak tunggal kepada Tuan Mahdi dan Puan Zahra yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Bapanya seorang pakar motivasi manakala ibunya pegawai diplomatik yang sentiasa ke luar negara atas urusan kerja.

Semenjak dari kecil lagi, Nurin Najwa telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah. Manakala Irfan, seorang pelajar lelaki yang datang daripada keluarga sederhana.

Bapanya telah meninggal dunia manakala ibunya pula mengambil upah menjahit pakaian dan membuat kuih sebagai pendapatan sampingan. Umum telah mengetahui, bapa Irfan ialah bekas banduan yang mati di tali gantung akibat dadah. Oleh itu, Irfan sering diejek.

Tika yang menaruh harapan terhadap Irfan sering membelanya dari dibuli. Dia merupakan gadis kampung yang liar dan bersosial. Di sekolah, Tika sering mempunyai masalah disiplin kerana sikapnya yang suka bergaduh dengan rakan-rakan sekolah. Tika sangat meminati Irfan tetapi Irfan tidak melayannya, sekadar bertegur sapa sebagai kawan sahaja.

Secara kebetulan kelas tambahan yang dihadiri oleh Irfan juga dihadiri oleh Nurin Najwa. Secara tidak langsung, ini telah membuka kepada awal perkenalan di antara mereka secara lebih rapat. Ternyata Tika cemburukan hubungan di antara mereka…

Pelakon Nurin Najwa: Sari Yanti, Nisha Dirr, Zahiril Adzim, Zamarul Hisyam, Mustapha Kamal, Betty Benafe.

Promo Nurin Najwa (Cerekarama)



 
Chatroom