Home » » » Tip elak dehidrasi dan kekeringan kulit

Tip elak dehidrasi dan kekeringan kulit

Tip elak dehidrasi dan kekeringan kulit

1. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat cukup air, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi.

Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

2. Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3. Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

4. Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.

5. Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

6. Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

7. Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

8. Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.

Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.



 
Chatroom