Home » Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah Ashraf Muslim

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah Ashraf Muslim

Ashraf Muslim beralih kepada karier sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, di Kampung Sungai Pusu, Gombak. Ashraf mula mempelajari cara mengubati pesakit menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, di Kampung Sungai Pusu, Gombak

“Selepas mengubati pesakit, saya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Selain itu, saya turut membekalkan mereka dengan ayat-ayat al-Quran dan doa untuk diamalkan sementara benar-benar sembuh.

“Apabila membaca al-Quran, diri kita akan lebih dekat dengan Tuhan. Kadangkala, saya ada juga meminta bantuan daripada Dayana untuk mengenal pasti sesuatu penyakit itu menggunakan kaedah perubatan moden kerana dia sedang belajar dalam bidang perubatan,” katanya.

Ashraf Muslim

Pusat rawatan yang digelar sebagai klinik oleh Ashraf itu boleh merawat penyakit seperti semua jenis kanser, SLE, kanser otak, AIDS atau HIV, gangguan sihir, penyakit kanak-kanak, penyakit kesuburan, diebetes, darah tinggi dan masalah akhlak.

Dalam perkembangan lain, Ashraf yang masih meneruskan kariernya dalam bidang lakonan turut menganjurkan pakej umrah di bawah Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan kerjasama ZHB Holidays Sdn Bhd.

Dia dijangka akan bertolak ke Mekah pada 17 Ogos tahun ini bersama-sama bakal bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid dan ahli rombongan umrah yang terhad kepada 40 orang sahaja.



 
Chatroom