Home » » Spa di rumah dan kehidupan sihat

Spa di rumah dan kehidupan sihat

Kehidupan sihat bermula dengan diet yang sihat. Diet sihat dan seimbang merangkumi pelbagai jenis makanan, termasuk buah-buahan; sayuran; kanji seperti roti bijian, serat oat, beras perang; makanan kaya protein seperti ayam, ikan, tofu, kekacang dan makanan tenusu seperti susu dan yogurt rendah lemak. Memilih minyak masak yang betul juga penting. Pilihan yang ideal adalah dari kategori minyak masak lembut yang mengandungi bunga matahari, canola dan minyak zaitun yang mengandungi omega 3 dan 6, dapat membantu mengurangkan kolesterol, kaya vitamin E dan seratus peratus tanpa kolesterol.

Anda tidak perlu ke gimnasium untuk bersenam. Senaman mudah dan ringkas boleh dilakukan di rumah saja. Aktiviti paling baik yang anda boleh lakukan adalah perkara yang nikmati seperti menari atau bersiar-siar di taman.

Rehat dan santai juga penting dalam kehidupan yang sihat. Tekanan yang tidak diurus boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, obesiti dan pelbagai masalah kesihatan lain. Anda juga boleh melakukan spa sendiri di rumah.


Ada beberapa tips untuk spa di rumah:

a) Peribadi : Paling penting untuk spa di rumah adalah tiada gangguan daripada sesiapa. Matikan telefon sepanjang anda memanjakan diri.

b) Muzik : Jika anda boleh memasang muzik di tempat anda melakukan spa, pilih muzik yang alunannya menghilangkan tekanan. Contohnya bunyi alam semula jadi, jazz atau muzik etnik.

c) Pencahayaan : Terangi tempat spa rumah anda dengan lilin biasa atau aromaterapi dengan bauan yang menenangkan.

d) Produk mandian : Gunakan produk mandian yang mengandungi kuasa aromaterapi yang menenangkan.



 
Chatroom