Home » » Sinopsis Anak ke 5 (Slot Kelakarama TV9)

Sinopsis Anak ke 5 (Slot Kelakarama TV9)

Sinopsis Anak ke 5 (Slot Kelakarama TV9)

Anak ke 5 mengisahkan kepulangan anak perempuan ke pangkuan keluarga setelah di cullik 22 tahun sebelum.

Keluarga yang diketuai oleh Haji Din dan isterinya, Hajjah Salmiah, terdiri daripada anak-anak lelaki dan perempuan dewasa dan pasangan dan anak-anak mereka. Mereka terkejut apabila mendapat tahu mengenai kepulangan anak mereka Marlina yang di culik 22 tahun sebelum ketika beliau berumur 1 tahun. Haji Din dan isterinya puas mencari Marlina tetapi usaha-usaha mereka sia-sia dan menganggap Marlina telah meninggal dunia.

Sinopsis Anak ke 5

Apa yang mereka tidak tahu adalah Marlina masih hidup dan telah dibesarkan oleh penculiknya di Thailand. Beliau diberi nama baru iaitu Tini dan Tini dibesarkan tanpa mengetahui yang beliau mempunyai keluarga di Malaysia. Di bawah penjagaan ibubapa angkatnya, Tini selalu ditinggalkan dan terpaksa hidup berdikari dari umur yang muda.

Sebelum ayah angkatnya meninggal dunia, Tini di beritahu yang beliau adalah anak angkat dan keluarganya yang sebenar berada di Malaysia.

Tini meninggalkan Indonesia dan menghubungi keluarganya di Malaysia dan beliau disambut dengan tangan yang lapang. Hajjah Salmiah dan Haji Din amat gembira mendengar berita ini. Akan tetapi, cara Marlina /Tini dibesarkan agak lain daripada cara Hajjah Salmiah dan Haji Din membesarkan anak-anaknya yang lain. Disebabkan itu, Tini terpaksa menyesuaikan dirinya kepada keluarganya di Malaysia!

Pelbagai perkara lucu berlaku dalam proses adaptasi dan suaikenal itu

PELAKON : Riz Amin, Adam Shah, Linda Hashim, Liza ABdullah, Cha Cha Maembong, Elvina, Janna Nick, Mustaqim

Lagu Tema / OST : Matahari oleh Lydia Shafrina Suhaili

Waktu siaran: Anak Ke 5 mulai 17 Januari setiap Sabtu 8.30malam di TV9



 
Chatroom