Home » » Panduan Pemakaian dan Pilih Kebaya

Panduan Pemakaian dan Pilih Kebaya

Pakaian mencerminkan kecantikan juga penampilan si pemakai. Namun tidak semua wanita boleh berkebaya.

Ini kerana terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti bagi memastikan anda tampil menawan dalam setiap majlis dihadiri.

Pada asasnya, terdapat lima jenis kebaya yang popular di Malaysia iaitu kebaya labuh, kebaya moden, kebarung (kebaya dan kurung), kebaya Melayu dan kebaya nyonya.

Sebagai panduan jangan sebarangan memilih kebaya kerana pakaian tradisional ini harus sesuai mengikut bentuk tubuh juga warna kulit anda.

Warna kebaya juga harus disesuaikan dengan bentuk tubuh.

Sekiranya anda bertubuh kurus, sebaiknya menggunakan warna cerah manakala bagi yang tubuh berisi, untuk membuat tubuh terlihat lebih kecil, pilih warna gelap atau warna lembut. Antara enam panduan yang boleh diikuti ialah:


1. Untuk mereka yang berbahu lebar
Cuba pilih:
■ Kebaya moden dengan garis leher menutup hujung bahu dengan bahagian dada terbuka.
■ Kebaya moden dengan bentuk V.
■ Kebaya moden dengan perincian dan aplikasi pada bahagian pinggul untuk menyeimbangkan posisi bahu.

Elak memilih:
■ Kebaya moden dengan perincian mewah.
■ Kebaya moden dengan model yang rendah.

2. Untuk mereka yang memiliki tubuh seperti lelaki, cuba pilih:
■ Kebaya moden dengan perincian mewah pada bahagian pinggul dan pinggang untuk menciptakan siluet seksi pada pinggang.
■ Jika kebaya anda polos, tambahkan kerongsang bagi kekal menawan.
■ Pakai bengkung agar siluet jam pasir lebih terbentuk.


Elak memilih:
■ Kebaya moden dengan perincian yang menonjol pada bahagian bahu, leher atau berkolar tinggi.
■ Kebaya moden yang menggunakan material fabrik yang kaku seperti organdi.


3. Tubuh mungil berisi, cuba pilih:
■ Kebaya moden yang menonjolkan bahagian bahu.
■ Kebaya berpotongan serong di bahagian bawah untuk menciptakan ilusi tubuh lebih tinggi.
■ Kebaya pendek menutupi pinggul dengan bahagian belakang lebih panjang.


Elak memilih:
■ Kebaya dengan kolar tinggi serta perincian penuh di leher.
■ Kebaya moden yang panjang sehingga terkena lantai.



4. Untuk payu dara besar

Cuba pilih:
■ Kebaya yang menutup bahagian dada
■ Model cup bustier menutup payudara secara penuh.



Elak memilih:
■ Kebaya dengan kedut dan cerut pada bahagian pinggang atau dada.
■ Mengenakan kerongsang pada bahagian dada.
■ Kebaya dengan garis leher yang rendah.
■ Mengenakan coli yang memiliki alas tebal.


5. Untuk perut besar, cuba pilih:
■ Kebaya polos dan bersih tanpa sebarang perhiasan pada pinggul dan pinggang.
■ Kebaya yang panjangnya di bawah pinggul dengan menonjol pada bahagian dada.
■ Kebaya berbentuk anak patung atau berpotongan empire.

Elak memilih :
■ Bahagian pinggang atau pinggul berbentuk V atau mendatar (horizontal).



 
Chatroom