Home » » » Eida Moin turun 20 kilo dlm masa 5 bulan

Eida Moin turun 20 kilo dlm masa 5 bulan

Eida Moin (penyanyi,pelakon) yang sebelum ini mempunyai berat badan 72 kilogram, kini sudah berkurang kepada 52 kilogram.

Apa rahsia kurus Eida? Kata Eida dia tidak melalui proses diet yang melulu dan tetap mengambil makan seharian seperti biasa.

Eida Moin kurus

“Eida makan seperti biasa tapi elak daripada mengambil karbohidrat berlebihan. Kalau ambil nasi pun sikit saja. Mula-mula ikuti program diet lima bulan lalu, Eida hanya makan makanan stim dan banyakkan minum air kosong.

“Selain diet, Eida juga mengamalkan pemakanan kesihatan nutrisi. Hasilnya, dalam tempoh lima bulan, Eida boleh hilangkan 20 kilogram," ceritanya.

Bagaimanapun sempat juga dia melahirkan kekecewaan kerana meskipun berat badan sudah menurun, tawaran lakonan masih sukar diperoleh.

“Kita sudah penat menurunkan berat badan, pengarah suruh gemuk balik kalau nak berlakon. Ish, cukup-cukuplah badan nampak macam belon, nanti takut penyakit lain pula datang," katanya terus terang.

Eida yang pernah bergandingan dengan adiknya, Eddy dalam duo Moin berkata, sekarang ini bukan sahaja berlakon, dia juga aktif menjadi pengacara.




Affiliates

 
Chatroom