Program Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSIHAT, Kevin Zahri
Siapa kata tampil langsing dalam masa enam minggu mustahil? Siapa kata menurunkan berat badan hampir 11.5 kilogram (kg) dalam tempoh enam minggu kerja gila?
Namun itulah hakikatnya. Kalau akurang percaya, apa kata bertemu dan berbicara sendiri dengan individu yang mengalami 'transformasi' mengagumkan itu.
Seperti mana 21 peserta lain, Mohd. Fadhlul Hadi Othman yang dinobatkan sebagai juara, menyertai Cabaran Sihat 6 Minggu Berama Kevin Zahri anjuran majalah iSIHAT sekitar Oktober tahun lalu dengan satu matlamat.
Hadir dengan berat badan 90.6 kg, Mohd. Fahdlul yang merupakan penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berjaya menurunkan berat badan sehingga 79.1 kg.
"Sebelum ini saya merasakan untuk kurus sesuatu yang sukar. Tapi selepas apa yang dijalani sepanjang tempoh program ini rasanya ia tidaklah sesukar yang digambarkan.
"Kita cuma perlu pandai mengira berapa kalori yang masuk dan berapa pula kalori yang harus dibakar dan untuk membakar semula kalori tentunya dengan senaman yang konsisten," katanya yang baru-baru ini berjaya menakluki Gunung Kinabalu.
Kejayaan Mohd. Fadhlul sebenarnya melebihi ramalan, Kevin Zahri, pakar pemakanan dan kecergasan serta penasihat program, yang menyatakan sebanyak 10 kg boleh dikurangkan menerusi program ini.
"Menurunkan berat badan bukan bermakna seseorang perlu berkurung 12 minggu dalam rumah, makan makanan yang sama dan melakukan aktiviti fizikal yang rutin sehingga berasa bosan.
"Untuk menjadikan proses penurunan berat badan berkesan, terdapat cara lain yang lebih menyeronokkan," kata Kevin yang turut berkongsi kepakaran dimiliki menerusi eBook bertajuk Panduan Kurangkan 5 kilogram Dalam 5 Minggu dan telah terjual sebanyak 10,000 unit.
Kepada yang berminat apa kata, menyertai program Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama Kevin Zahri musim kedua bermula 2 Jun ini.
Program dimulakan dengan bengkel dan kaunseling oleh Kevin sendiri, diikuti sesi senamrobik yang akan diadakan Celebrity Fitness pada minggu seterusnya.
Ia dituruti dengan aktiviti merentas hutan, berbasikal, paintball dan merentas desa sejauh 10 kilometer sebelum diakhiri dengan majlis penutup pada 14 Julai 2012.
Selain Kevin, Kementerian Kesihatan merupakan pihak yang berperanan 'memantau' perkembangan para peserta.
Seperti mana sebelumnya, bagi proses pemilihan pemenang, peserta bukan hanya dinilai dari sudut penurunan berat badan tapi penyertaan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan.
Individu yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga, masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 serta hadiah sampingan.
Program Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSIHAT dan Kevin Zahri itu ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan turut disokong oleh rakan-rakan strategik seperti RTM, Celebrity Fitness, Perbadanan Putrajaya, Propark, AVON dan Shaklee.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...