Home » » Sinopsis Filem Adnan Sempit

Sinopsis Filem Adnan Sempit

Sinopsis Adnan Sempit

Selain Intan dan Sam, filem Adnan Sempit turut dibintangi oleh Norliana Samsudin, Along (Raja Lawak), Cat Farish, Julia Hana, Angah (Raja Lawak), Zack (X-Factor), Hafidzuddin Fadzil dan ramai lagi.

Adnan Sempit

Kepada peminat karya terbitan MIG, jangan lupa untuk mengunjungi pawagam berhampiran beramai-ramai untuk menyaksikan filem Adnan Sempit bermula 14 Januari ini.

Adnan Sempit mengisahkan Adnan, seorang mat rempit anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat reunion party. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya.

Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom