Home » » Sinopsis filem Jiwa Taiko

Sinopsis filem Jiwa Taiko

Sinopsis filem Jiwa Taiko
Filem Jiwa Taiko mengisahkan kesalahan Firman membawa dia ke penjara tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan ke arah haluan hidup yang baru. Seperti gadis yang ingin dicintai, Trisya juga begitu tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Freez! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. JIWA TAIKO menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti.

Filem Jiwa Taiko

4 watak ini bertemu di WIRA CINTA; sebuah kelab dimana mereka dan kawan-kawan yang lain memperlajari ilmu persilatan. Dan di sana juga mereka menemui siapa diri mereka yang sebenar. Kelab itu dimiliki oleh Kak Pora yang merupakan seorang yang memahami jiwa remaja seperti mereka.

Kemunculan Pinto, sahabat baik firman masa lalu kini mencabarnya. Pulang ke tempat asal ke jalan yang gelap atau dia akan dimusuhi Pinto selamanya!

Jiwa Taiko adalah filem aksi drama arahan Osman Ali pengarah dari filem Ombak Rindu.



 
Chatroom