Sinopsis Puteri Pulau Tuba
Puteri Pulau Tuba mengisahkan cerita yang berlaku kepada enam sahabat karib - Ari, Queza, Chua, Raju, Ain dan Citra yang baru saja tamat sesi persekolahan. Mereka sangat gembira dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti yang mereka rancang selama ini pada cuti sekolah yang baru saja bermula.
Ia mengangkat kisah persahabatan dan kegembiraan yang dikongsi bersama dan melalui pengalaman yang menjadi tragedi di dalam hidup salah seorang daripada rakan mereka. Sebaik tiba bersama guru mereka di Pulau Tuba dan berkhemah di situ, tiba-tiba Ari hilang. Keadaan menjadi kelam-kabut kerana Ari tidak dijumpai selepas pasukan renjer melakukan aktiviti pencarian. Rakan-rakan Ari menghubungi keluarganya dan mereka juga datang ke pulau itu.
Pelbagai spekulasi bermain di minda rakan Ari mengenai kehilangannya dan dia sebenarnya sudah dibawa ke alam lain. Di sana Ari bertemu dengan seorang puteri yang diberi nama Puteri Pulau Tuba. Kisah ini bermula apabila Ari terdengar suara yang memanggil namanya, kemudian dia seolah-olah terpukau dan terus menjejaki suara itu lalu bertemu nenek kebayan yang membawanya berjumpa Puteri Pulau Tuba yang sebenarnya adalah seekor ikan duyung yang sangat cantik.
Ari begitu teruja bersama puteri itu dan dia sangat terpesona dengan kejelitaan Puteri Pulau Tuba. Puteri bercerita mengenai kisah hidupnya yang disumpah oleh sultan kerana menolak pelawaan baginda untuk berkahwin.
Ari juga berpeluang berjumpa dengan Hang Tuah di situ dan dia bertanya pelbagai soalan kepada Hang Tuah. Ari dilayan seperti anak raja sehingga dia berasa tidak ingin pulang ke alam nyata. Sewaktu berada di sana, yang menjadi kehairanan Ari adalah wajah dayang dan pengawal sama seperti wajah rakan-rakannya tetapi mereka tidak mengenali dirinya.
Persoalannya apakah akan terjadi kepada Ari? Adakah pasukan renjer dapat menjejaki Ari?