Home » » Sinopsis Terlanjur Cinta,TV9 lakonan Siti Saleha

Sinopsis Terlanjur Cinta,TV9 lakonan Siti Saleha

Sinopsis drama Terlanjur Cinta
Drama Terlanjur Cinta disiarkan menerusi slot Ratu di TV9 bermula 20 November 2012.

Terlanjur Cinta mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.


Terlanjur Cinta Sinopsis

Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.

Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.

Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.


Pelakon hebat drama Terlanjur Cinta ialah Siti Saleha, Raja Ema, Aqasha, Marsha Milan, Nazim Othman, Zul Ariffin, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan ramai lagi. Pengarah Terlanjur Cinta ialah Erma Fatima.

Drama Terlanjur Cinta sesuai buat penggemar drama Melayu disiarkan setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam di TV9!



 
Chatroom