Home » » Sinopsis Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium

Sinopsis Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium

Sinopsis Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium

Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium menceritakan tentang penganjuran pameran hantu dunia.

Penghormatan dan kepentingan terhadap fakta-fakta sejarah semakin dilupakan oleh majoriti masyarakat zaman kini sehinggakan bahan-bahan sejarah yang ada pada sesebuah muzium semakin kurang menarik perhatian pengunjung.

Atas dasar ini, pihak muzium menganjurkan pameran hantu-hantu dunia dalam usaha menarik orang ramai untuk datang ke muzium. Penganjuran pameran hantu dunia ini tanpa disedari dirancang oleh pihak tertentu dalam usaha menghidupkan Count Dracula (Vlad The Impaler). Kehidupan abadi yang diinginkan oleh dracula ini pasti akan menyebabkan keadaan negara menjadi huru hara.

Walau bagaimanapun, rancangan licik kumpulan ini disedari oleh patung-patung tokoh lama yang mempunyai semangat untuk memastikan rancangan ini gagal. Era Perak Man, Sultan Melaka bersama Bendahara Tun Perpatih Putih dan Datuk Maharaja Lela bersama Si Putum dikumpulkan dalam filem ini.

Demi menyelamatkan keturunan anak cicit mereka, masing-masing terpaksa berkomunikasi dengan orang luar yang boleh mereka percayai.

Usop Wilcha yang dipanggil untuk membetulkan keadaan penghawa dingin yang sering rosak, terperangkap dalam situasi ini. Mengapa Usop Wilcha yang dipilih dan mampukah dia menggagalkan rancangan teliti pengikut-pengikut dracula? Untuk mengetahui kisahnya saksikan filem Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Makhluk Muzium.

Filem arahan Mamat Khalid ini cukup istimewa kerana menampilkan tokoh-tokoh sejarah di Malaysia seperti Datuk Maharaja Lela, Sepuntum, Tun Perpatih Putih, Perak Man dan Sultan Melaka sebagai penguat jalan cerita.

Pengarah: Mamat Khalid
Pelakon: Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Nasir Bilal Khan, Namron, Hitler Zami dan Kamarul Hj Yusof.
Lokasi Penggambaran: niversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak

Sinopsis Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium

Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Makhluk Muzium

Judul: Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Makhluk Muzium
Penerbit: Les Copaque Movies Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif / Penerbit Bersekutu: D Siney Production
Pengarah: Mamat Khalid
Penolong Pengarah: Muhamad Razif Abdul Rashid
Penulis Skrip: Usop Wilcha



 
Chatroom