Home » » Sinopsis Hati Perempuan lakonan Syarul Ridzwan

Sinopsis Hati Perempuan lakonan Syarul Ridzwan

Sinopsis Hati Perempuan

Hati Perempuan mengisahkan pengalaman lalu yang dilalui mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup.

Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis.

Sinopsis Hati Perempuan

Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?



Hati Perempuan diarahkan oleh Kas Roshan dan dilakonkan oleh Syarul Ridzwan , Mia Ahmad , Hafreez Adam , Nadzmi Adhwa

Drama bersiri Hati Perempuan adaptasi novel Hati Perempuan nukilan Nur Ain Al-Abbas



 
Chatroom