Harun Salim Bachik (pelawak) meninggal dunia
Harun Salim Bachik (pelawak) 55, meninggal dunia selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata Harun disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Pejabat Kesihatan Gunung Semanggol, jam 4.20 petang.
Katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.
Anak Harun, Hakeem Sofi Al-Rashyid, 14, berkata mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan di Pulau Pinang sebelum berhenti di hentian berkenaan.
Hakeem Sofi berkata, dia menemani ayahnya yang berasa penat untuk ke tandas di R&R itu.
"Sebaik memasuki tandas di sebuah stesen minyak di R&R berkenaan, ayah mula tercungap-cungap sebelum tiba-tiba rebah di atas lantai tandas berkenaan," katanya yang ditemui di rumah mayat Hospital Parit Buntar.
Hakeem Sofi berkata, ayahnya menghidap asma sejak kecil dan semakin serius dan kerap sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, ketika di Pulau Pinang ayahnya tidak menunjukkan tanda diserang sakit itu.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah mayat hospital berkenaan dan turut kelihatan sahabat arwah yang juga penyanyi, Datuk Hattan.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Koperasi Polis, Gombak, sebelum Zuhur esok.
Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an dan sitkom bersiri Gado Allahyarham pernah menjadi Presiden Seniman pada tahun 2010/2011.
Beliau adalah anak kepada pelakon zaman 50-an, Salim Bachik.
Nyanyian - Album Belilah dengan lagu popular Banjir.
Filem - Man Laksa, Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati?, Setem, Papadom, My Spy, Duhai Si Pari-Pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, Aku Bukan Tomboy, Hoore! Hoore! dan Jalan Kembali: Bohsia 2; SAM: Saya Amat Mencintaimu, Tolong, Awek Aku Pontianak, Lawak Ke Der?, Bikers Kental, KI, Lemak Kampung Santan, Abang Long Fadil dan Lelaki Harapan Dunia.