Petua Tips Kebahagiaan Rumahtangga (Perkahwinan)
Setiap insan yang berada dalam alam perkahwinan mengimpikan rumahtangga yang bahagia. Di sini ada beberapa tips dan petua bagi mengekalkan kerukunan rumahtangga.
- Jika mengimpikan rumahtangga bagai syurga, Isteri jangan meminta-minta, terima kemampuan suami seadanya. Begitulah juga sebaliknya.
- Upah paling besar diterima suami apabila isteri menyambut dengan senyuman sewaktu suami pulang dari tempat kerja dan keletihan.
- Bina tiang rumahtangga dengan agama, pasakkan ia dengan cinta dan hati dan jangan sekali-kali meletakkan wang atau kemewahan sebagai keutamaan.
- Isteri sihat, suami bertenaga dan saling cerdas fikiran merupakan kekayaan terbesar dalam rumahtangga.
- Apabila isteri sedang marah, suami perlu bijak bawa diri dan apabila suami mengamuk, isteri perlu diam. Pun begitu, apabila sejuk, isteri dan suami harus mengambil pendekatan musyawarah bersama.
- Isteri harus jadi kekasih bagi suami muda, teman akrab bagi separuh baya dan perawat bagi suami berusia.
- Jangan sekali-kali memburuk-burukkan pasangan kerana tindakan itu tidak ubah sama seperti mendedahkan aib sendiri.
- Suami kekalkan perasaan cinta dan romantik sementara isteri pula, perlu berusaha mengekalkan rasa malu dan hormat pada suami. Hasilnya, cinta sentiasa hangat sepanjang hayat.
- Selagi termampu, layanan di meja makan dan urusan memasak, usah diserah kepada pembantu atau membeli lauk di kedai. Masakan air tangan isteri lebih berkat dan menyuburkan kasih sayang.
- Akhir sekali, cintai anak-anak dan mereka akan memulangkan kasih sayang yang lebih berganda untuk kesuburan cinta suami isteri.