Home » » Panduan Kurus - Mengawal Makan

Panduan Kurus - Mengawal Makan

MENGAWAL MAKAN

Jarang sekali kita bertemu dengan wanita yang sangat berpuas hati dengan bentuk badannya. Ada yang mengeluh konon badannya gemuk sangat manakala ada yang menyangka terlampau kurus. Kedua-dua golongan ini perlu mengawal makan dengan betul supaya mendapat bentuk badan yang menarik dan sihat. Walau bagaimanapun kebanyakan kaum wanita tidak suka mengawal makan secara terus-menerus.


MENGAPA KITA PERLU MENGAWAL MAKAN DAN BETUL?

Kesihatan yang buruk sangat menyeksakan, sebaliknya kesihatan yang baik membolehkan kita menikmati hidup yang sempurna. Satu cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengawal makan secara teratur, iaitu memakan makanan berkhasiat dengan sukatan yang betul (seimbang) dan cukup berzat.

APA GUNA MAKANAN KEPADA KITA?

Makanan yang kita makan memberikan kita bahan pemanas dan tenaga untuk menjalankan tugas harian. Tenaga disukat dengan unit kalori. Seorang wanita biasanya memerlukan lebih kurang 2,200 kalori sehari. Dua pertiga daripadanya diperlukan untuk mengawal degupan jantung, pernafasan dan tugas-tugas lain badan dan satu pertiga diperlukan untuk pertumbuhan dan gerak-geri tubuh.

Selain berfungsi sebagai bahan pemanas atau tenaga, makanan juga melengkapkan tubuh kita dengan protein, vitamin dan zat galian bagi membekalkan pertumbuhan daging, darah dan tulang. Makan terlalu banyak yang melebihi keperluan badan menyebabkan makanan yang berlebihan hangus sebagai bahan pemanas atau bertukar menjadi lemak beku dan tersimpan di dalam badan.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom