Memiliki susuk tubuh langsing dan tinggi lampai banyak kelebihan berbanding bertubuh gempal kerana mereka bebas bereksperimen dengan fesyen, selain tampak lebih menarik, menyerlah dan anggun.
Cuma, tidak adil untuk menerima pandangan sebegitu. Mungkin ramai tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan. Hakikatnya, sama ada wanita kurus bertubuh tinggi lampai atau rendah, mereka perlu bijak memilih padanan sesuai dengan fizikal bagi melahirkan ilusi tubuh lebih berisi dan tidak terlalu kurus.
Perunding imej, Peter Lum, berkata elemen gaya perlu diberikan perhatian wanita kurus ialah bagi membuatkan tubuh kelihatan lebih berisi.
Katanya, aspek paling perlu dititikberatkan adalah aspek warna dan motif. Sekiranya gandingan dua elemen ini tepat, individu kurus akan kelihatan lebih berisi. Sekiranya pemilihan elemen itu tidak betul, maka individu bukan saja kelihatan kurus, sebaliknya mungkin lebih `kering'.
"Pakaian warna hitam tidak digalakkan kerana ia `menyerap' segala cahaya menyebabkan tubuh kelihatan lebih kurus. Malah, mereka digalakkan mengenakan pakaian berwarna cerah atau terang kerana ia tidak menyerap cahaya," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Kata Lum, beberapa perkara diwarisi secara genetik seperti kurus tinggi atau rendah, sememangnya tidak boleh diubah, tetapi padanan tepat boleh memberikan perubahan menakjubkan.
"Dengan tip berguna, anda akan mempunyai kurang masalah dalam memilih pakaian terbaik untuk dipadankan dengan jenis badan. Perlu diingat, tiada siapa sempurna, termasuklah peragawati atau model.
"Bagaimanapun, dengan menggunakan beberapa helah kecil, anda boleh berasa lebih selesa dan yakin untuk bergaya. Usah takut mencuba dan bermain dengan tekstur, warna dan reka bentuk dalam mencari sesuatu yang benar-benar berkenan di hati," katanya.
Kurus bergaya
Selebriti Gwyneth Paltrow dengan ketinggian 175 sentimeter (sm), contoh wanita tinggi kurus sementara wanita kurus rendah ialah Sarah Jessica Parker dengan ketinggian 160 sm.
Kedua-duanya, sering diangkat sebagai ikon fesyen. Sungguhpun kurus, tetapi gandingan pakaian serta aksesori digayakan berjaya memperlihatkan mereka sebagai wanita bertubuh `sedang-sedang'.
Gwyneth dan Sarah, bijak menyembunyikan ketinggian serta alur tubuhnya yang ramping itu menerusi busana kembang, berlapis atau ropol bahagian tertentu seperti bahu dan dan bahagian kain.
Kelebihan Sarah sebagai bintang utama Sex and the City menjadi bonus kepada beliau kerana sering memakai pakaian berjenama sekali gus dirinya fesyennya nampak begitu sebati dan tidak ada cacat-cela.
Lepaskan rambut
Tidak kurang untuk Gwyneth. Pasti ramai bersetuju, beliau jarang sekali menggayakan sanggul, sebaliknya membiarkan rambutnya melepasi bahu, bagi `melindungi' dan menyerlahkan bahagian lehernya yang jinjang.
Sanggul akan digayakan bersama sekiranya dia mengenakan pakaian berpotongan leher tinggi, mengenakan kot atau hiasan jenis pendakap leher.
Kata Lum, wanita kurus perlu sering membuat rujukan untuk memaksimumkan gaya mereka.
"Usah takut mencuba kerana belum cuba belum tahu. Mulakan sesuatu secara perlahan-lahan dan lihat reaksi orang terdekat terlebih dulu," katanya.
4 faktor utama bergaya
1. Potongan
* Pilih potongan longgar, tetapi masih berlisu pada bahagian tertentu termasuk pinggang. Potongan longgar beropol termasuk kembang pada bahagian bahu, beralun seperti peplum, dan potongan `puff' adalah paling ideal.
* Potongan baju anak patung yang sarat dengan lipatan dan kedutan sesuai kerana ia memperlihatkan pemakai `lebih penuh'. Malah bagi yang tinggi, ia menyebabkan anda kelihatan tidak terlalu tinggi.
* Ropol dan kemasan bahagian dada memperlihatkan bahagian itu lebih berisi.
* Celana jenis `boot cut' atau lebar pada bahagian kaki.
* Seluar cawat rendah boleh membentuk ilusi pinggang ramping dan pinggul lebih berisi. Apatah lagi sekiranya tubuh anda kurang berbentuk atau digelar `lurus'.
* Gaya berlapis apabila mengenakan jaket antara `muslihat' paling mudah melindungi tubuh kurus. Begitupun, pilih padanan tidak keterlaluan kerana kalau silap gaya, anda akan kelihatan selekeh.
* Skirt jenis beralun, bertingkat atau berlisu menyerlahkan penampilan lebih feminin. Elakkan jenis potongan lurus kerana ia kelihatan membosankan apatah lagi sekiranya tubuh anda kecil.
2. Warna
* Warna ceria termasuk merah saga, oren dan hijau memang sesuai untuk tubuh kurus. Ia bukan saja menceriakan, tetapi memberikan lebih tenaga kepada pemakai.
* Untuk tubuh kelihatan lebih berisi dan penuh warna alam seperti coklat tanah dan krim juga padanan sesuai.
* Kontras juga menarik. Bagi wanita rendah, pilih padanan bawah lebih gelap berbanding warna untuk pakaian. Bagi wanita bertubuh tinggi pula, pilihan sebaliknya boleh dilakukan iaitu boleh memilih padanan bawah lebih terang berbanding pakaian.
3. Motif
* Pilih jalur menegak bagi bertubuh rendah, manakala tinggi lampai, pilih jalur jenis melintang.
* Motif abstrak dan bunga-bungaan pada pakaian seharusnya terlalu kecil. Boleh pilih jenis besar atau sederhana.
4. Aksesori
* Tali pinggang - Pilih jenis berwarna ceria.
* Kolar - Jenis tinggi jadi pilihan. Elakkan daripada bahagian itu terlalu terbuka kerana leher yang panjang dan memperlihatkan rangka bahagian berkenaan menyerlahkan lagi kurus diri anda.
* Selendang - Ikatan selendang juga sesuai bagi melindungi bahagian leher terdedah.
* Gelang - Jenis besar dan boleh juga digayakan banyak jenis.
* Kasut - Wanita rendah sesuai memilih tapak kasut runcing berbanding jenis platform. Pilih jenis gelap, bagi mengelakkan mata orang ramai tertumpu ke arahnya.
Oleh Nor Afzan Mohd Yusof