Home » » Britney Spears lupakan diet ketat

Britney Spears lupakan diet ketat

Penyanyi terkenal, Britney Spears mengawal ketat pemakanannya sebelum mengadakan satu persembahan dalam program realiti X Factor di Britain baru-baru ini.

Bagaimanapun, sebuah akhbar semalam melaporkan bahawa penyanyi itu dilihat berada di sebuah restoran makanan segera ketika dia sedang membeli-belah di Harajuku, Jepun.

Penyanyi yang popular dengan lagu Womanizer bukan sahaja memakan makanan yang tidak berkhasiat malah dia juga dilihat menghisap rokok.

Selepas selesai menjamu selera, Spears, 27, kemudiannya menyambung semula aktiviti membeli-belah sambil ditemani oleh seorang pembantu dan pengawal peribadi.

Spears membuat kemunculan semula dengan melancarkan album terbarunya, The Circus dan dia juga tampil dengan imej baru yang lebih kurus serta seksi.

Namun, penyanyi tersebut mungkin melupakan seketika diet ketat selepas album terbarunya itu berjaya mengungguli tempat pertama carta album Amerika Syarikat (AS) apabila dijual sebanyak 505,000 unit. - Agensi



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom