Kanak-kanak yang gemar menulis mesej di telefon bimbit dijangka lebih mematuhi diari makanan yang menjadi satu daripada aspek penting menjayakan sesuatu diet.
Sebagai bukti pertama kaedah itu mungkin berjaya, kajian terkini di Universiti North Carolina menunjukkan kanak-kanak berusia antara lima hingga 13 tahun mempunyai lebih kemungkinan untuk menulis mesej mengenai rekod harian pengambilan makanan, senaman dan waktu menonton mereka berbanding mereka yang menggunakan diari fesyen lama.
Penyelidikan itu diterbitkan menerusi keluaran November/Disember Jurnal Pendidikan dan Gelagat Pemakanan.
Kajian sebelum ini menunjukkan pengamal diet yang menyimpan rekod sedemikian lebih cenderung mengalami penurunan berat badan dan kekal dengan berat badan ideal, menurut pengarang kajian yang juga Pembantu Profesor Jabatan Psikiatri, Jennifer Shapiro.
"Apa yang kita mahukan adalah cara yang menyeronokkan untuk semua khususnya kanak-kanak untuk menyimpan diari sedemikian. Jika seseorang itu dapat melakukannya dengan gembira, mereka akan melakukannya dan lebih cenderung untuk turun berat badan," kata Jennifer.
Kajian selama lapan minggu itu dilakukan bersama 31 keluarga yang mempunyai anak berusia antara lima hingga 13 tahun. Ia menunjukkan kanak-kanak terbabit yang menggunakan mesej teks mencatatkan kecenderungan hampir dua kali ganda untuk mematuhi program diet berbanding kanak-kanak yang menggunakan kertas dan pensil.
Malah, pendekatan itu agak popular apabila 100 peratus daripada kanak-kanak dan ibu bapa yang mengambil bahagian dalam program terbabit pada awalnya berharap mereka dipilih untuk ditempatkan dalam kumpulan yang menghantar mesej teks itu.
Dalam kajian berkenaan, mesej teks disampaikan dengan cepat kepada kanak-kanak terbabit berhubung prestasi mereka dalam mencapai matlamat masing-masing. Kanak-kanak yang menggunakan diari kertas dan pensil pula harus menunggu seminggu untuk melaporkan kepada pakar pemakanan masing-masing bagi mendapatkan maklum balas kemajuan mereka.
"Maklum balas sangat penting. Ia membuatkan mereka berasa ada orang lain yang memberi perhatian pada mereka dan mereka juga perlu untuk berasa bertanggungjawab," kata Jennifer.
Matlamat kajian untuk mengukur sejauh mana mereka mematuhi proses diari dan bukannya mengukur jumlah berat yang diturunkan. Disebabkan kajian itu agak kecil, hasilnya tidak mencapai kepentingan statistik, tetapi penyelidik berharap untuk mengulangi kajian berkenaan dengan bilangan populasi yang lebih besar dan untuk tempoh yang lama.
"Idea menjalankannya menerusi mesej teks ini memang menarik, terutama untuk berkomunikasi dengan generasi baru," kata Profesor Jabatan Makanan dan Pemakanan, Universiti Purdue, Dorothy Teegarden.
Namun, beliau bersetuju penyelidikan selanjutnya harus dilakukan berhubung keberkesanan pendekatan terbabit, memandangkan adanya jurang usia dan pembabitan ibu bapa.
Beliau menjelaskan, sesetengah penyelidikan menunjukkan mudah untuk mengubah suai tingkah laku dalam persekitaran keluarga.
Namun, fakta mengenai semua kanak-kanak berkenaan mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan mesej teks itu juga sesuatu yang kurang adil untuk kajian terbabit, kata Pembantu Profesor Pemakanan Klinikal, Universiti Texas, Lona Sandon.
Katanya, kanak-kanak yang terpaksa melaksanakan program diari menggunakan kertas dan pensil mungkin tidak begitu akur kerana mereka tidak mempunyai alat yang mereka mahukan.
Kajian menunjukkan 19 peratus daripada kanak-kanak berusia antara enam hingga 11 tahun mempunyai berat badan berlebihan dan 80 peratus daripada kanak-kanak terbabit menjadi orang dewasa yang gemuk.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan