Budaya pemakanan di seluruh dunia tidak hanya menawarkan pemakanan tradisional yang menyihatkan, malah ia membantu untuk melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti diakui ramai penyelidik antarabangsa.
Kawasan miskin di ceruk Mexico misalnya, menawarkan cara pemakanan sihat hanya menerusi hasil tanaman seharian mereka seperti jagung.
Di sesetengah tempat lain di dunia seperti Afrika, kekacang pilihan mereka manakala halia yang memang sinonim dengan masakan masyarakat negara ini tidak kurang hebatnya kerana mempunyai khasiat tersendiri.
Ikuti beberapa cara pemakanan pelbagai suku kaum dan bangsa di seluruh dunia yang agak ringkas tetapi menarik untuk dijadikan panduan.
Profesor Arne Astrup yang juga saintis dari Universiti Copenhagen, Denmark, baru-baru ini menyatakan, diet pemakanan diamalkan di negara Nordik (merangkumi Denmark, Finland, Iceland, Norway dan Sweden) boleh membantu seseorang itu untuk mengurangkan berat badan, sekali gus mengurangkan masalah obesiti.
Menurutnya, masyarakat di negara terbabit rata-rata mempunyai menu makanan seharian termasuk elk (sejenis rusa besar), rusa kutub, beri dan ikan. Diet berkenaan yang juga kaya dengan ikan berminyak seperti hering dan salmon, mengandungi lemak omega-3 yang membantu untuk menjaga berat badan dan melindungi diri daripada penyakit jantung.
Rusa kutub dan rusa besar di negara terbabit bebas berkeliaran, justeru daging haiwan berkenaan mempunyai kandungan lemak yang rendah dan protein yang tinggi.
Kobis yang turut digemari masyarakat negara terbabit adalah makanan murah yang memang berkhasiat, kaya dengan vitamin dan serat.
Masyarakat di kawasan Mediterranean pula banyak memanfaatkan minyak zaitun yang mengandungi lemak baik dan omega-3 yang membantu untuk menurunkan kadar kolesterol.
Ia turut bertindak untuk membantu mengurangkan kesakitan seperti dilaporkan penyelidikan di Amerika Syarikat (AS) yang mendapati 50 gram minyak zaitun (ekstra virgin) boleh membantu mengurangkan masalah keradangan.
Di Britain, lazimnya makan malam berlaukkan ayam memang baik kerana ayam membekalkan protein yang membantu untuk membuatkan seseorang itu berasa kenyang dalam tempoh lama.
Lauk sampingan seperti lobak merah pula membekalkan antioksidan yang membantu dari segi pencegahan kanser. Ditambah pula dengan kentang panggang yang sememangnya kaya dengan serat.
Masyarakat di Scotland memang gemar menikmati oat. Bubur oat yang dimakan ketika bersarapan boleh mengekalkan rasa kenyang dalam tempoh panjang selain membantu merendahkan tekanan darah.
Oat kaya dengan beta-glucan yang boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol.
Di negara Timur Tengah, teh pudina segar antara sajian kegemaran mereka. Teh sudah digunakan berkurun lamanya untuk menangani masalah penghadaman, malah teh pudina dikatakan boleh membantu wanita untuk menyingkirkan bulu yang tidak dikehendaki pada badan.
Kajian dalam jurnal Penyelidikan Terapi Phyto menunjukkan, pengambilan dua cawan teh pudina setiap hari selama lima hari boleh mengurangkan tahap hormon yang menyebabkan pertumbuhan rambut atau bulu berlebihan.
Kacang kuda yang terkenal di Afrika tidak hanya membantu untuk memperbaiki sistem penghadaman, malah ia boleh membantu seseorang pulih daripada strok menerusi kandungan seratnya yang tinggi.
Tahun lalu, saintis dari Hong Kong mendapati kacang kuda kaya dengan kandungan isoflavone yang membantu merangsang bekalan darah ke otak.
Di Gambia misalnya, kekacang lazimnya menjadi asas makanan terutama ketika menyajikan stew tomato atau kacang yang turut disertai dengan pelbagai jenis sayuran dan rempah. Kekacang itu boleh menggantikan daging sebagai sumber protein.
Hasilnya, bukan saja masyarakat Gambia kurang mengalami masalah berat badan, malah mereka juga mencatatkan kes terendah bagi semua jenis barah di peringkat antarabangsa.
Di Australia pula, penyelidik di Universiti Western Australia mendapati, daging kangaru dilimpahi asid linoleik berlemak. Lemak baik itu merangsang tubuh untuk menghasilkan otot serta membantu mengurangkan tekanan darah serta risiko diabetes jenis kedua.
Halia yang banyak digunakan dalam sajian masyarakat Cina pula membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Selain itu, baru-baru ini, saintis di China menemui diet kaya dengan cendawan dan teh hijau yang boleh membantu mengurangkan risiko barah payudara.
Ramai yang memperkatakan mengenai wanita Jepun mempunyai jangka hayat paling lama di dunia. Ia tidak lain berpunca daripada pemakanan sihat yang diamalkan masyarakatnya. Menu mereka biasanya tinggi dari segi kandungan protein dan rendah lemak tepu.
Saintis Jepun mendapati, golongan perokok yang gemarkan ikan mentah mempunyai kecenderungan kurang dihidapi barah.
Masakan kari memang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat India, malah kari didapati membantu untuk mencegah penyakit Alzheimer.
Pada 2006, penyelidik AS melaporkan curcumin iaitu sejenis bahan kimia didapati dalam kunyit yang menjadi sebahagian daripada rencah untuk masakan kari, boleh membantu untuk menyingkirkan protein yang mengakibatkan penyakit otak berkenaan.
Kunyit juga didapati baik untuk kesihatan jantung manakala biji ketumbar dan jintan putih membantu untuk mengurangkan risiko barah serta asma.
Daging ayam belanda dan kranberi, antara sajian tradisional di Amerika Utara juga menyimpan banyak khasiat. Ayam belanda mempunyai kandungan lemak rendah dan sumber tryptophan yang membantu meningkatkan mood dan tidur seseorang.
Daging haiwan ini juga mengandungi selenium iaitu sumber khasiat penting untuk membina sistem ketahanan tubuh.
Kranberi pula boleh membantu untuk mencegah bakteria melekat pada gigi selain membantu pencegahan jangkitan pundi kencing.
Dr Daphne Miller beribu pejabat di San Francisco, AS yang pernah merakamkan pengalamannya meneroka pelbagai corak pemakanan di beberapa negara menerusi buku berjudul The Jungle Effect, turut berkongsi pandangan mengenai pemakanan di Afrika.
Menerusi tinjauannya di Cameroon, Afrika Barat, dia mengakui, pemakanan masyarakat negara itu yang kaya dengan serat serta melalui proses penapaian dan mengandungi lemak sihat (jarang menggunakan daging), sangat perlu untuk menghalang masalah barah, sekali gus menjelaskan kadar barah usus yang rendah di negara berkenaan.
Antara penemuannya termasuk cara pemakanan kaum Tarahumara Indian di kawasan terpencil Copper Canyon, Mexico. Kaum berkenaan mempunyai tahap gula darah dan kolesterol yang rendah, mengamalkan pemakanan tradisional membabitkan makanan yang membebaskan gula ke dalam aliran darah pada kadar perlahan contohnya jagung.
Biarpun kaum terbabit berhadapan dengan masalah kekurangan zat kerana kemiskinan, menurutnya, pengambilan karbohidrat secara perlahan itu membantu untuk mencegah pengeluaran insulin secara berlebihan dan membantu mengekalkan tahap gula darah.
Di Iceland pula, menurutnya, pemakanan masyarakat di sana berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kadar rendah dari segi kemurungan. Sebahagian jawapannya terletak pada pengambilan ikan dan kambing biri-biri yang kaya dengan lemak omega-3.
Bagi penulis bersama buku '30 Secrets of the World's Healthiest Cuisines', Dr Steven Jonas yang juga profesor Universiti Stony Brook, meninjau kepelbagaian aspek pemakanan yang menyihatkan di serata tempat itu memang banyak membantu.
Namun menurutnya, mengurangkan jumlah makanan itu lebih penting bagi penjagaan kesihatan diri yang baik. Untuk panduan umum, pengambilan makanan haruslah dalam jumlah sederhana.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
8 Komen:
apakah maksud makanan betkhasiat?
maksud makanan berkhasiat???pleza...
tq
Saya ingin tahu bahawa "maksud makanan berkhasiat" kerana saya ingin membuat buku skrap
saya nak tahu maksud makanan berkhasiat
saya kesimpulan makan makanan berkhasiat .
Tanpa Nama berkata...
tolong bagi tau maksud makanan berkhasiat scept mungkin...!!!
apa maksud makanan berkhasiat??
apa maksud makanan berkhasiat
Catat Ulasan