Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk cahaya mata mereka lebih-lebih lagi sejurus dilahirkan, setiap saat perkembangan dan pembesaran si kecil menjadi keutamaan ibu bagi memastikan anak mereka membesar dengan sihat serta cergas tanpa sebarang alahan terhadap penyakit.
Bagaimanapun, tentunya ada sedikit kerisauan di kalangan ibu bapa semasa anak mengalami proses pembesaran sekiranya mereka menunjukkan sikap pasif, tidak banyak melakukan pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak seusia mereka sedangkan ibu bapa tahu pada usia berkenaan, si kecil sepatutnya cergas bermain selain tidur.
Justeru, pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan anak cergas kerana apabila berpeluh, ia menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik.
Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson, Stanford Guo, berkata selaras dengan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak, mereka sepatutnya menjalani kehidupan yang cergas dan ceria dengan bebas melakukan sebarang kegiatan, tetapi dengan pemantauan ibu bapa bagi menjamin masa berkualiti anak.
"Kami menggalakkan pada tahap usia kanak-kanak, si kecil perlu banyak melakukan kegiatan yang sesuai dengan kadar pembesaran mereka kerana kami mendapati kanak-kanak Malaysia kini semakin menuju ke arah gaya hidup yang tidak aktif. Tabiat ini dikhuatiri akan terbawa-bawa hingga ke alam dewasa kelak," katanya.
ISHANA ceria di samping ibunya, Grace.
Guo berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian kempen Jom Main! Johnson's Baby Powder di Damansara, baru-baru ini.
Katanya, kempen berkenaan dilancarkan bagi menggalakkan kanak-kanak bermain dan memanfaatkan sepenuhnya usia pembesaran mereka dengan kegiatan permainan yang boleh menyebabkan mereka berpeluh kerana berpeluh penting dalam perkembangan kanak-kanak secara holistik.
"Kami mahu setiap kanak-kanak melakukan kegiatan yang akan membuatkan kesihatan mereka lebih baik selain kegiatan itu boleh dilakukan bersama ibu bapa dan keluarga mereka. Adalah penting memastikan kanak-kanak gembira dengan apa yang mereka lakukan.
"Si kecil memperoleh banyak manfaat untuk diri sendiri ketika bermain, bahkan mereka dapat mengutip kemahiran penting semasa membesar. Ibu bapa juga boleh mengajar anak mereka mengenai kebaikan yang ada pada setiap kegiatan yang dilakukan selain memahamkan si kecil mengenai konsep kehidupan semasa bermain," katanya.
Kaji selidik yang dikendalikan Pusat Informasi Pemakanan Asia (AFIC) terhadap kanak-kanak berusia antara sepuluh hingga 12 tahun di empat bandar raya Asia termasuk Kuala Lumpur menunjukkan, gaya hidup kanak-kanak di Malaysia berada di tahap membimbangkan kerana tidak aktif.
Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak Malaysia termasuk dalam kategori mereka yang kurang aktif kerana sering membabitkan diri dengan kegiatan yang tidak memerlukan mereka melakukan banyak pergerakan seterusnya menyumbang kepada keadaan pasif.
"Mereka tidak cergas bergerak kerana banyak memperuntukkan masa menonton televisyen, bermain Play Station (PS) dan menghadap komputer pada masa senggang. Pada musim cuti sekolah pula, 30 peratus kanak-kanak di Malaysia didapati menghabiskan masa lapan jam sehari menonton televisyen," katanya.
Katanya, lebih memburukkan keadaan, hasil daripada kajian berkenaan juga memperlihatkan pola yang tidak sihat bagi perkembangan kanak-kanak kerana mereka tidak melakukan kegiatan yang sepatutnya seperti bergerak atau dalam erti kata lain, bermain yang boleh menyumbang kepada pengeluaran peluh.
"Kaji selidik itu juga menunjukkan, kebanyakan kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam ujian berkenaan memilih bermain komputer atau menonton televisyen berbanding keluar bermain dengan rakan sebaya mereka selain faktor ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja rumah sehingga mengabaikan masa bermain anak yang sedang membesar.
Justeru, gaya hidup berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan dalam jadual pembesaran kanak-kanak kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan perkembangan holistik kanak-kanak serta masalah berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak juga semakin berleluasa.
"Apabila kanak-kanak mengalami masalah obesiti, tidak mustahil mereka akan dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan berat badan seperti kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetis jenis II dan pelbagai lagi," katanya.
Bertujuan berkongsi pengetahuan dengan ibu bapa dalam mendidik si kecil, siri televisyen Jom Main! Johnson's Baby Powder Menyerap Peluh (Jom Main) dibuat khusus untuk mencetus semangat kepada ibu bapa mengenai kebaikan berpeluh kepada kanak-kanak.
Menyedari gaya hidup sihat sangat penting untuk kanak-kanak, Johnson & Johnson melancarkan program khusus, Jom Main! Johnson Baby Powder Menyerap Peluh untuk kanak-kanak bertujuan menggalakkan si kecil berpeluh dengan permainan yang merangsang akal dan sifat ingin tahu mereka, manakala ibu bapa pula tidak perlu risau memikirkan anak mereka akan berpeluh dan tidak selesa.
"Sudah tentu ada kanak-kanak yang tidak menggemari kegiatan fizikal kerana mereka akan rasa tidak selesa jika berpeluh. Jangan risau mengenai peluh kerana talkum Baby Johnson adalah terbukti lembut secara klinikal yang sesuai dan memastikan si kecil boleh bermain dengan selesa," katanya.
Oleh Shaidah Shafie
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan