Beyonce, isteri kepada Jay-Z ini berkata dalam satu temubual bersama Katie Couric dalam program televisyen 20/20 terbitan ABC baru-baru ini, dia sangat berhati-hati dengan pengambilan makanan dan diet dalam usaha untuk mengelak daripada menambah berat badan.
"Saya benar-benar mengambil berat tentang makanan. Saya berusaha agar tidak hilang kawalan. Saya pernah bertemu dengan wanita yang sukar menurunkan berat badan mereka selepas bersalin," katanya kepada Couric.
Beyonce turut memberitahu bahawa dia ingin kembali ke bentuk badan asal secepat mungkin selepas kelahiran anak sulungnya itu.
Beyonce mengumumkan berita gembira itu kepada peminat di Anugerah MTV Muzik Video pada Ogos 2011, tetapi enggan berkongsi jantina anak sulungnya itu bersama Couric.
Pada masa yang sama, Beyonce memberitahu dia akan berehat buat sementara waktu untuk persediaan kelahiran anak mereka dan menjaganya.
"Ia sangat mengujakan. Saya tidak kisah kerana saya sedang bergembira. Walaupun rasa gugup, saya yakin mampu mengatasinya seperti ibu saya sewaktu dia melahirkan saya. Saya sudah bersedia untuk meneruskan fasa baru bersama anak dan suami saya," akhirinya.