Home » » Bergaya kemas dan anggun ke pejabat

Bergaya kemas dan anggun ke pejabat

Rambut basah, solekan comot, kuku sumbing. Ini merupakan antara kesalahan-kesalahan penting yang perlu dielakkan apabila hendak pergi ke pejabat.

Semua orang sedar yang kita perlu kelihatan kemas ke pejabat. Namun begitu, ramaikah di antara kita yang faham apa maksud penampilan kemas itu?

Cara anda bergaya di pejabat mempunyai banyak kaitan dengan budaya korporat syarikat tempat anda bekerja.

Sama seperti kod berpakaian, bidang kerja yang lebih kreatif dan relaks memberi ruang kepada rutin kecantikan yang tidak terlalu ketat. Bagaimanapun, terdapat beberapa 'peraturan' yang melibatkan hampir kesemua wanita.

Pertama sekali, jangan malu-malu menggunakan warna terutama apabila memilih gincu. Warna merah selalunya kelihatan cantik walaupun di bilik mesyuarat.

"Bibir merah sempurna, dengan sedikit pemerah pipi dan pembayang mata neutral selalu kelihatan sesuai," menurut jurusolek, Napoleon Perdis yang sering digandingkan dengan pelakon Debra Messing.

Cuba elak gunakan pelembap bibir sebaliknya cuba jenis 'matte' dan berkrim seperti Brick Red - rona neutral, perang dan merah dari Bobbi Brown.

Yang penting, pastikan sapuan kemas. Untuk memastikan gincu tidak meleleh sekitar bibir, gunakan pensel bibir 'nude' sebelum menyapu gincu.

Katanya, solekan tebal boleh digayakan ke pejabat. Tetapi jika rutin kecantikan anda ketika ini hanya melibatkan pelembap muka dan senyuman, mula perlahan-lahan untuk belajar bersolek dengan betul.

Solekan ringkas selalunya membantu terutama apabila anda perlu menghadiri mesyuarat tergempar atau makan tengah hari penting. Trio sapuran maskara, 'concealer' dan pemerah pipi sudah mencukupi untuk memperkemaskan penampilan.


Rambut

Rambut, bagaimanapun, tidak selalunya mudah. Ramai wanita menghabiskan masa berjam-jam setiap pagi untuk mengeringkan rambut, mengerinting, meluruskan dan berdandan.

Untuk mendapatkan gaya terbaik, dandanan profesional selalunya berbaloi dengan bayaran dikenakan.

Mana-mana salon boleh mendandan rambut anda dengan harga yang tidak terlalu mahal. Beli syampu kering berasaskan bedak yang menyerap minyak dari akar rambut dan menghilangkan kekusutan selama beberapa hari.

"Untuk interbiu penting, laburkan wang anda untuk mendandan rambut. Gaya ringkas dan klasik boleh membantu anda mendapatkan kerja itu," kata jurugaya rambut, Patrick Melville yang mempunyai klien seperti Jennifer Connelly dan Eva Longoria Parker.

Jika anda masih bimbang untuk membelanjakan wang yang banyak, terdapat pelbagai jenis produk menghilangkan kekusutan rambut di pasaran.

Bagi melembutkan rambut seeloknya menggunakan ester polifluoro, sejenis molekul yang mengurangkan kekusutan lebih baik dari silikon. Formula ini sesuai untuk beberapa jenis rambut termasuk kerinting, lurus, tebal atau nipis.



2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

pada mu ku harap,kau hadir

Tanpa Nama berkata...

apakah maksud penampilan?

Catat Ulasan

 
Chatroom