Home » » Sinopsis OMG! Pelan MB ,drama komedi TV9

Sinopsis OMG! Pelan MB ,drama komedi TV9

Sinopsis Pelan MB

Pelan MB mengisahkan seorang duda bernama Baharom. Sejak menduda, dia banyak menumpukan perhatian kepada kerjaya dan menghabiskan masa bersama anak-anak kesayangannya iaitu Cat dan Sani.

Suatu hari, Baharom memberitahu anak-anaknya yang dua orang sepupu mereka hendak tinggal di rumah mereka. Cat tidak bersetuju tetapi Sani bersetuju. Baharom memujuk Cat dan memberitahu yang sepupu mereka Johan dan Saiful baik orangnya. Namun apabila sepupu mereka tiba di rumah, alangkah terkejutnya kerana mereka semuanya ‘satu kepala’. Anak-anak Baharom dan juga anak-anak saudaranya berusaha mencarikan jodoh yang terbaik untuk Baharom kerana kasihan melihat Baharom yang hidup kesunyian sejak kematian isteri kesayangannya. Pelbagai cara yang mereka gunakan dalam mencari jodoh Baharom tetapi semuanya gagal.

Namun apa yang menarik mengenai slot ‘OMG! Pelan MB’ 13 episod ini ialah pengajaran dan juga nilai-nilai positif dalam setiap episod yang dapat dikongsi untuk tatapan penonton. Dalam setiap kegagalan tetap ada pengajaran yang boleh dipelajari. Drama lucu ini menampilkan Roy Azman sebagai Baharom, Almy Nadia (Hanum), Julia Ziegler (Karmila) dan Myza Aryqa (Cat). Pelan MB ini bertambah lucu dengan gelagat Bell Ngasri, Mustaqim dan Suffian yang turut membintangi drama bersiri komedi ini. Untuk itu, pastikan anda berada di hadapan TV anda pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam.



 
Chatroom