Home » » Sinopsis Gemersik Kalbu, mulai 2 Januari 2012

Sinopsis Gemersik Kalbu, mulai 2 Januari 2012

Sinopsis Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu tentang suka duka seorang wanita bernama Raihana yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil kerana ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Apabila neneknya meninggal dunia, Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang. Pertemuan dengan Wan Ariffin telah membenihkan bibit-bibit cinta, namun setelah mengikat tali pertunangan, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan Ilahi. Insiden ini membuatkan Raihana terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Gemersik Kalbu

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Drama Gemersik Kalbu diadaptasi daripada novel nukilan Anis Ayuni

Drama bersiri penuh emosi, ‘Gemersik Kalbu’ menampilkan pelakon Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan.

Jom saksikan ‘Gemersik Kalbu’ yang akan menemui penonton pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam bermula 2 Januari 2012 di TV3.





 
Chatroom