"Anak perempuan saya tidak suka makan sayur. Dia hanya makan makanan tertentu, seperti nuget, ayam goreng dan pasta. Susah untuk memujuknya supaya mencuba makanan baru dan dia memang nampak tidak suka makan. Saya khuatir dia tidak mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan untuk pertumbuhannya. Bagaimanakah saya menangani masalah ini serta memastikan dietnya lebih seimbang dan merangkumi pelbagai jenis makanan?", masalah pemakanan anak-anak seperti ini sering berlaku kepada ibubapa.
Anak-anak kecil cerewet makan dan memilih makanan adalah masalah biasa. Terdapat beberapa isu berkaitan makan yang mungkin dihadapi oleh anak-anak kecil, seperti mengambil hanya beberapa jenis makanan tertentu (contohnya hanya makan ayam dan nasi); aktif, tetapi jarang lapar dan mudah hilang tumpuan pada waktu makan, makan hanya beberapa suap makanan; dan takut untuk mencuba makanan baru, mudah menangis serta enggan makan makanan tersebut.
Terdapat banyak sebab yang boleh membuat kanak-kanak menjadi cerewet makan. Antaranya disebabkan oleh proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, seperti ingin berdikari (menguji batas sempadan mereka), manakala ada pula hanya enggan mencuba perkara baru, mereka selesa dengan apa yang biasa dilakukan atau dimakan oleh mereka. Ini lebih ketara di kalangan anak-anak kecil yang baru bertatih.
Walau apapun, jangan bimbang jika kerenah si manja anda menimbulkan mana-mana isu seperti tersebut di atas; kerana perbezaan selera makan adalah perkara biasa. Jangan paksa atau marahi anak anda, sebaliknya beri galakan dengan lembut dan pujuk si manja supaya makan. Pastikan anak anda mendapat nutrien dan tenaga yang secukupnya bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangannya. Petua-petua berikut sedikit sebanyak boleh membantu anda membuka selera dan hatinya untuk mengambil pelbagai makanan yang berkhasiat!
Tarik minatnya dengan sajian yang dibuat sendiri!
Sediakan bahan/inti untuk sandwic dan biarkan si manja anda membuatnya sendiri. Anda juga boleh menjadikan sandwic lebih menambat selera dengan memotong bentuk yang berlainan, seperti bentuk bintang, segi tiga atau anda boleh mengajar si manja mencucuk buah pada pencucuk untuk dicecah yogurt.
Teruskan memberi makanan baru
Jangan putus asa hanya kerana si manja "menolak". Cuba sekali lagi, sedikit demi sedikit. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa percubaan sehingga 15 kali (dengan gaya masakan dan hidangan yang berlainan) perlu dilakukan sebelum anak-anak kecil boleh menerima sesuatu jenis makanan baru. Makan bersama-sama!
Si manja anda mungkin boleh makan dengan lebih baik atau lebih berselera apabila makan bersama dengan keluarga. Ini adalah cara yang baik untuk menunjukkan tabiat makan yang sihat, dan juga dapat mengelakkan gangguan yang boleh menyebabkan anak-anak hilang tumpuan dan makan sedikit.
Pujuk si manja
Cuba masukkan sesuatu yang digemari oleh si manja ke dalam sajiannya, seperti kentang lenyek, tetapi juga galakkan dia mencuba apa yang anda makan, seperti ikan bakar atau ayam kukus dan sayuran.
Semua nasihat di atas akan membantu si manja anda mencuba dan menerima pelbagai makanan secara perlahan-lahan. Bersabarlah! Beri peluang kepada si manja untuk mencuba, seberapa banyak kali yang perlu. Tetapi ingat, jangan berkeras atau paksa si manja mengambil sesuatu yang tidak diingininya; kebanyakan kanak-kanak akan hilang tabiat cerewet makan ini dan apabila menjadi dewasa, mereka lebih berminat untuk mengambil pelbagai jenis makanan! - Hal-hal Pemakanan Keluarga, Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia.