Punca liang pori-pori besar
* Terdedah kepada matahari secara berlebihan
* Merokok
* Penuaan
* Genetik
* Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula berlebihan
* Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil
Wajah yang halus, lembut dan putih gebu tanpa noda, ditambah pula perwatakan serta penampilan menarik membuatkan sesiapa saja memandang pasti tertawan. Berbanding mereka yang kulit berjerawat, berminyak dan liang pori-pori tampak kasar dan besar, gagal mencuri tumpuan.
Keinginan memiliki wajah jelita seperti bidadari bukannya mudah sekiranya seseorang tidak berdisiplin menjaga, membersih dan merawat kulit, melainkan memang mereka dianugerah kulit cantik sejak azali lagi.
Bagi sebilangannya apabila memasuki saja usia remaja pelbagai masalah kulit melanda akibat perubahan hormon dan ia berterusan sehingga menjengah usia matang. Dengan banyak lagi faktor lain seperti panahan matahari dan gaya hidup menyumbang masalah lebih teruk kepada kulit.
Perubahan pori-pori
Tambahan pula seseorang itu mempunyai lebih 300,000 liang pori-pori pada wajah. Ini satu lagi isu ketara dapat dilihat pada kulit individu.
Pada umumnya, setiap orang sebenarnya mempunyai liang pori-pori terbuka luas dan besar, saiz liang dua kali ganda lebih besar apabila berusia sekitar antara 25 hingga 50 tahun.
Keadaan itu menyebabkan kulit wajah tampak kasar dengan permukaan tidak sekata dan pada ketika itu selalu terdetik mahu saja ingin kembali seperti bayi yang mempunyai kulit mulus.
Hakikatnya, liang roma mula muncul selepas akil baligh, iaitu apabila mulanya pengeluaran androgen. Berdasarkan kajian dilakukan kepada testis pada lelaki dan ovari pada wanita, liang roma akan membesar serta-merta dan mengeluarkan minyak sejajar dengan perubahan hormon apabila remaja meningkat dewasa.
Perubahan pori-pori besar juga bergantung kepada genetik diwarisi ibu bapa, umur dan status hormon, selain amalan gaya hidup apabila sering terdedah kepada sinaran ultra lembayung.
Keadaan cuaca di Malaysia beriklim panas dan pencemaran alam sekitar menyebabkan kulit mudah rosak, kendur, melemahkan struktur liang roma dan menyumbang kepada saiz lebih besar.
Liang pori-pori semakin besar jika kerap memicit jerawat, bagaimanapun penggunaan produk kecantikan yang tepat dan amalan konsisten mampu mengurangkan masalah itu.
Wanita lebih bimbang
Masalah liang pori-pori terbuka paling dibimbangi wanita manakala lelaki tidak ramai ambil peduli.
Berdasarkan kajian liang pori-pori lelaki lebih besar daripada wanita kerana lebih banyak androgen dalam badan iaitu testosteron dan dihydrotestosterone (DHT) yang bertanggungjawab menyerang kelenjar minyak.
Bagaimanapun, jika mereka mengamalkan rejim penjagaan kecantikan, liang pori-pori menjadi kecil.
Pakar Dermatologi dan Kecantikan Jenama Kecantikan Kulit Clinique, Dr David Orentreich, berkata apabila minyak kelenjar lebih sensitif kepada androgen tahap androgen lebih tinggi sekali gus menyebabkan lebih banyak minyak terhasil.
Katanya, bagi mereka berkulit kering liang poripori tidak begitu kelihatan berbanding mereka kulit berminyak.
"Sebagai contoh, jika dua individu mempunyai tahap darah androgen sama, tahap sensitif kelenjar minyak mereka mungkin berbeza.
Dalam kes ini, setiap individu akan menghasilkan jumlah minyak berbeza berikutan saiz liang pori-pori berbeza," katanya.
Secara purata, lelaki dewasa menghasilkan kira-kira 10 kali lebih testosteron daripada wanita dewasa bagaimanapun wanita lebih sensitif terhadap hormon mereka.
Saiz pori-pori
Mengurangkan paras androgen dengan mengambil ubat seperti kontraseptif akan mengurangkan saiz liang roma.
Rawatan teknologi baru dalam dunia kecantikan seperti laser dan Intense pulsed light (IPL) juga boleh memberi kesan sementara kerana kelenjar minyak menjadi kurang aktif dan hanya dapat bertahan kirakira selama satu hingga dua bulan.
Dr Orentreich berkata, pori-pori boleh dikurangkan sekiranya kerap membersihkannya bagi mengecut kembali kepada saiz asal dan ia menjadi semakin mengecil sekiranya kulit tidak mengeluarkan sebum menerusi proses pengelupasan.
"Saiz liang juga berbezabeza mengikut wajah, iaitu liang besar selalunya muncul pada bahagian hidung dan kawasan pipi.
Bagi insan berbadan besar kelenjar minyak lebih aktif dan mempunyai kulit berminyak dan pori-pori juga besar manakala mereka kelenjar minyaknya kurang aktif cenderung kepada kulit kering dan liang roma lebih kecil," katanya.
Bagaimanapun, ada juga individu kulit berminyak mempunyai liang pori-pori kecil manakala kulit kering liang roma besar.
Tip penjagaan wajah
* Amalkan rawatan dan membersihkan secara berdisiplin.
* Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam
* Sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka
* Skrub muka setiap pagi.
* Pakaikan `mask' muka
* Banyak minum air masak
* Makan buah-buahan dan sayur-sayuran