Islam mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar.
Terdapat juga dalam kalangan segelintir umat Arab Jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat Rasulullah SAW segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda bermaksud: "Ia bukan bukan ubat, bahkan sebenarnya punca kepada segala penyakit," (riwayat Muslim).
Berbicara mengenai arak, kata Aisyah, isteri Rasulullah yang dipetik oleh Imam Bukhari berkata bermaksud: "Sekiranya al-Quran mula-mula memberitahu orang Arab agar jangan meminum khamar (arak) dan tidak berjudi serta melakukan perzinaan, mereka akan berkata: "Tidak, kami tidak akan patuh". Al-Quran terus menyampaikan ke dalam hati mereka rasa takut dan kasih kepada Allah.
Cerita kehidupan selepas mati, mengenai syurga dan tamannya yang indah bagi sesiapa yang patuh, seksaan api neraka bagi yang ingkar sehingga hati mereka menjadi lembut, selepas itu mereka diperintahkan berhenti daripada meminum khamar, melakukan perzinaan dan berjudi dan mereka mematuhinya" (riwayat Bukhari).
Walaupun begitu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Orang Islam mula bertanyakan mengenai perihal arak seperti dinyatakan oleh al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu mengenai khamar dan judi.
Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya." Ayat ini telah memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi.
Bagaimanapun larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.
Perintah lain yang diturunkan ialah dalam peristiwa seorang sahabat bersolat dalam keadaan mabuk dan telah melakukan kesilapan besar ketika membaca ayat suci al-Quran. Peristiwa ini diceritakan al-Quran melalui surah an-Nisa ayat 43 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan."
Larangan ini sangat mustahak kerana tabiat mabuk telah diperkatakan buat pertama kali bersama sembahyang yang difardukan pada waktu tertentu dalam masa sehari iaitu bermula solat Subuh hingga Isyak. Ini menimbulkan konflik di antara perintah baru dengan adat resam orang Arab Jahiliah yang meminum arak pada awal pagi dan permulaan malam.
Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya. Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan arak, peminum arak yang aktif mungkin terkena `sawan' atau tabiat meracau yang berpanjangan.
Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan dalam satu majlis jamuan yang telah diadakan di antara orang Muhajirin dan Ansar yang mana arak telah menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai yang mabuk, mereka mula bermegah-megah dan kemudian bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan tulang yang ada dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan berasa berdosa atas tindakan mereka itu.
Pada waktu itulah, al-Quran telah menyatakan bahawa judi dan khamar dilarang kepada semua umat Islam seperti firman Allah dalam surah al- Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: "...syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan solat, maka berhentilah kamu) daripada melakukan perbuatan itu)"
Anas bin Malik disebut sebagai telah menyatakan: "Apabila khamar (arak) dilarang, orang Arab masih menyukainya dan ada yang amat berat untuk mematuhinya. Tetapi akhirnya mereka berjaya mematuhi perintah Allah dengan setiap daripada peminum arak akan membawa arak di rumah masing-masing ke jalan raya dan membuangkannya. Jalanjalan dan lorong-lorong di Madinah dipenuhi dengan bau arak sehingga beberapa hari."
Sejak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, orang Islam di seluruh dunia adalah orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.
Sudah jelas, bahawa sesetengah jenayah yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca daripada gejala arak. Kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan adanya bahaya arak.
Profesor A.J. Arberry pula mengatakan: "Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malah mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat penyakit ahmar atau lumpuh. Selain itu seorang yang telah mabuk akibat arak akan hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain."
Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti pukulan arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jikalau dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan oleh arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan oleh arak."
Keburukan yang akan dirasai peminum arak adalah lebih besar daripada kebaikan dan manfaatnya, antaranya:
* Apabila diminum dengan banyak, arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang masuk meresap dengan cepat ke dalam bahagian lain tubuh manusia, terutama sekali jantung dan buah pinggang.
* Meminum dengan banyaknya juga boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang membawa kepada alat pernafasan terganggu.
* Juga boleh menyebabkan kematian mengejut akibat kuat tekanan alkohol dalam arak itu kepada hati dan jantung.
* Meminumnya ketika perut kosong atau sebelum makan pagi boleh menyebabkan berlakunya barah dalam perut.
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli