Fakta Teh
* Teh adalah minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran.
* Cara pemprosesan membabitkan pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan. Selain itu, untuk memberi rasa berlainan dan peningkatan kualiti, teh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.
* Teh diminum di China sebelum Dinasti Tang (618-907).
* Teh ditanam kebanyakannya di tanah besar China, India, Pakistan, Iran, Sri Lanka, Taiwan, Jepun, Indonesia, Nepal, Australia, Argentina dan Kenya.
* Di Malaysia, teh ditanam di Cameron Highlands sejak zaman penjajahan Britain.
* Teh secara tradisional dikelaskan kepada empat kumpulan besar, berasaskan tahap penapaian yang dilakukan terhadap daun:
1) Teh putih: Pucuk daun yang tidak melalui proses pengoksidaan, pucuk dilindungi dari cahaya matahari untuk mengelakkan pembentukan klorofil.
2) Teh hijau: Proses pengoksidaan dihentikan selepas pengoksidaan yang minimum secara penambahan haba, sama ada melalui wap - kaedah tradisional Jepun, atau dikeringkan di dalam kuali panas - kaedah tradisional China.
3) Oolong: Pengoksidaan dihentikan pertengahan di antara piawaian teh hijau dan teh hitam.
4) Teh hitam: Pengoksidaan yang banyak (majoriti teh di pasaran).
Ujian mudah kenal pasti pewarna dalam teh:
* Masukkan serbuk teh ke dalam gelas mengandungi air paip (suhu bilik).
* Air dalam gelas akan bertukar warna bagi teh yang dicampur pewarna.
* Bagi teh yang tidak mengandungi pewarna, perubahan warna berlaku jika serbuk dimasukkan ke dalam air panas saja.