Home » » Tazkirah Hari Jumaat (Renungan)

Tazkirah Hari Jumaat (Renungan)

Empat perkara menyebabkan hati gelap:

* Perut kenyang yang melebihi had

* Gemar bersahabat dengan orang zalim

* Melupakan dosa lalu

* Panjang angan-angan

Empat perkara menyebabkan hati bercahaya:


* Perut yang lapar kerana berhati-hati

* Sentiasa bersahabat dengan orang soleh


* Mengingati dan menyesali dosa lalu

* Pendek angan-angan

Ulama salafussoleh berkata, sesiapa duduk bersama lapan golongan, Allah akan menambahkan kepadanya lapan perkara:

* Orang yang duduk bersama orang kaya, Allah menambah kecintaannya pada dunia.

* Orang duduk bersama orang fakir, baginya akan bersyukur dan reda pada bahagiannya yang diberikan Allah.

* Siapa yang duduk bersama sultan (penguasa), Allah menambahkan kepadanya kekerasan hati dan sombong.

* Siapa yang duduk bersama wanita, Allah menambah kebodohan dan syahwat kepadanya.

* Orang yang duduk bersama anak-anak, dia bertambah gemar bermain-main dengannya.

* Orang duduk dengan orang fasik, dia bertambah berani melakukan dosa dan menangguhkan taubat.

* Siapa yang duduk bersama orang soleh, dia bertambah cinta melakukan ketaatan.

* Siapa duduk dengan ulama, dia bertambah ilmu dan amalnya.




 
Chatroom