Home » » Dadah Syabu : Nama Panggilan Dan Nama Saintifik

Dadah Syabu : Nama Panggilan Dan Nama Saintifik

Dadah Syabu : Nama Panggilan Dan Nama Saintifik

Syabu ialah nama panggilan (street name), adalah sejenis dadah tiruan atau "Designer Drug" yang mana istilah saintifiknya adalah "d-Methamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipina. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran adalah seperti ICE, GLASS, CRACK METH, HIROPONG dan BATU (STONES).

Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.



Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.

Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochloride acid dan synthesis kimia seperti berikut

C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3

Sejarah
Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak Perang Dunia Ke-2. Pada ketika itu, juruterbang (Fighter pilot) menggunakan syabu kerana mereka perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga digunakan oleh askar-askar lain supaya dapat berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang.

Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka pentingkan pada ketika itu ialah supaya dapat menahan daripada tidur tanpa mengirakan kesan negatifnya yang kadangkala boleh mendatangkan maut.



 
Chatroom