Home » » Biodata Profil Pak Ku Shadat

Biodata Profil Pak Ku Shadat

Biodata Profil Pak Ku Shadat

Nama penuh: Ku Nafiah Ku Aman

Nama popular: Pak Ku Shadat

Asal: Pering, Kedah

Isteri: Mek Ahmad

Pencapaian: Tokoh penglipur lara yang terkenal di Perlis dan Kedah

Album: Gendang Seloka Rakyat ( feat Kump Gendang Silat Pak Din Johan Kedah)

Lagu Popular: Vespa Haji Samad, Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja

Pak Ku Shadat

Kisah Pak Ku Shadat
Sepanjang hayatnya, Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipur lara lebih 20 tahun lalu menerusi nyanyian selokanya sama ada ketika mengadakan persembahan atau melayani tetamu.

Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.

Pak Ku Shadat pernah merakamkan album bertajuk Gendang Seloka Rakyat yang diterbitkan oleh syarikat Mutiara Records.

Antara lagu seloka yang popular yang dinyanyikan Pak Ku Shadat ialah Vespa Haji Samad, Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja.

Pak Ku Shadat meninggal dunia 1 Disember 2008 di Padang Sera, Kedah kerana sakit tua.



 
Chatroom