Home » » Khasiat Petai

Khasiat Petai

Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun campuran dalam masakan lain seperti sambal tumis udang atau bilis dan sebagainya, membuatkan peminat-peminat petai berasa lapar. Entah kenapa perut dengan tiba-tiba berasa kosong, lalu segera mencapai pinggan dan mencedok nasi untuk menjamu selera. Kesedapan petai membuatkan orang tidak mempedulikan kesan sampingannya.

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut tak best itu, petai mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi.

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik.

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai

* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun

* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)

* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang

Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung. Penulis masih ingat ketika zaman kanak-kanak, penulis dan rakan-rakan gemar makan petai belalang (dimakan secara mentah). Maklumlah, dasar kampungan, kalau tidak buah-buah kayu yang lain, petai belalanglah yang kami baham. Zaman sekarang ni kanak-kanak banyak makan “snek” yang buat di kilang-kilang. Aktiviti pun sangat berbeza, kanak-kanak sekarang main Playstation dan game komputer. Zaman penulis & da-gang dahulu, kami panjat sana, panjat sini, masuk hutan, mandi tali air, tangkap ikan di bendang dan macam-macam. Woops! Maaf, sedikit terkeluar dari topik.

Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.

Sumber: PasirMas



16 Komen:

Tanpa Nama berkata...

sy peniaga petai bjaye....

Noridah berkata...

petai memang sedap, tapi sekarang ni harga petai di pasaran agak mahal. Kat pasar tani atau pasar besar sama je harganya, kalau murah petai tu sure dah layu/agak lama.

Tanpa Nama berkata...

sapa yang tak makan petai, memang rugi... try la dulu, baru tau betapa sedapnya petai.....

Tanpa Nama berkata...

ahaha~~ beli kat kl tu.. chowkit tu... kat lorong tepi tu. yg ada bnyk lori ada jual petai bnyk. cam borong la.. seikat tu ada 100 papan petai.. rm 50 je..

EssmaIsmail berkata...

Memang sedap dan banyak khasiat petai.Tapi bau yang melekat tu agak tak tahan apatah lagi kalau bekerja, bila bercakap dengan orang kena tutup mulut.Ade sesape tau petua nak hilangkan bau petai tak?

Tanpa Nama berkata...

dulu perut tahan makan petai, tapi sekarang ni bila makan petai aje pasti berulang ke tndas pulak..

Tanpa Nama berkata...

tengah dok makan nasi berlaukkan sambal petai ikan bilis..tetiba rasa nak google tentang khasiat petai..tak tahu la pulak petai ni ada khasiat yang sangat baik.tapi kalau dapat petai bakar cicah sambal memang sedap..terangkat !

Tanpa Nama berkata...

makan byk konpom klua wane ijau...selalu kuning /coklat2 perang an...cubelah mkn petai...menakjubkan.

Tanpa Nama berkata...

saya usahawan petai.hm...bangga dengar komen hang pa semua ni..

Tanpa Nama berkata...

petai?? mmmm nyam3 huhu

Tanpa Nama berkata...

memang mantaaaaaaaaaaaaaaaaaaapp makan petai.

smp 1 gerokgak, buleleng, bali, indonesia.

Tanpa Nama berkata...

memang mantapppp

Tanpa Nama berkata...

Menambah selera makan rebus atau makan begitu saja

Tanpa Nama berkata...

nak petai murah2 sila hubungi saya
0135064188
petai banyak sangat2
buah petai elok2 xdak ulat

Tanpa Nama berkata...

petai bakar pun sedap

mama wana berkata...

info yang menarik. dulu2 sebelum kawen, abah tak bg mkn petai.katenye anak dara kurang elok mkn petai..heee..dh kwen ni, baru dpt nikmati petai..nak2 letak dlm sambal tumis..yummy

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom