Home » » Asid zoledronik

Asid zoledronik

Penyelidik dari Austria dan Jerman mendapati kandungan asid zoledronik dalam ubat tulang yang ditambah dalam terapi endokrin mampu menambah baik kebarangkalian untuk sembuh bagi wanita pramenopaus yang mengalami barah payu dara peringkat awal.

Kajian bagi jenis barah respons estrogen itu diterajui oleh Dr. Michael Gnant dari Universiti Perubatan Vienna bersama kumpulan pakar dari pusat penyelidikan lain di Austria dan Jerman. Laporan kajian itu telah disiarkan dalam New England Journal of Medicine.

Asid zoledronik biasanya digunakan untuk mencegah tulang daripada mengalami serpihan di kalangan pesakit barah. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit tulang seperti osteoporosis selepas menopaus.

Seramai 1,803 wanita pramenopaus dengan barah payu dara peringkat awal telah diuji dengan pengambilan goserelin (menghentikan penghasilan estrogen) dan tamoxifen, atau anastrozol (yang merencat aromatase), dan juga asid zoledronik.

Ada beberapa kajian praklinikal telah mengesyorkan bahawa asid zoledronik memiliki agen antiketumbuhan. Manfaat tersebut menggalakkan perkembangan sihat bagi bahagian tulang dan juga bukan tulang bagi pesakit barah payu dara.

~ Kosmo!



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom