Memang payah mengheret diri untuk bersenam terutama apabila semakin berusia namun kajian terkini di Amerika Syarikat mendapati, senaman mampu meningkatkan kualiti hidup wanita yang menempuh alam menopaus.
Ia mendatangkan pelbagai faedah kepada golongan ini sekalipun jika ia tidak dapat membantu mereka mengurangkan berat badan.
Kajian terbabit meliputi 430 wanita selepas menopaus dengan purata usia 57 tahun yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan yang tidak melakukan senaman dan kumpulan yang bersenam.
Berdasarkan hasil kajian terbabit, Penyelidik Pusat Penyelidikan Bioperubatan Pennington, Corby K Martin, mendapati kumpulan yang melakukan senaman nyata mengalami penurunan berat badan kira-kira dua kali ganda daripada kumpulan yang tidak bersenam.
"Kesan senaman terhadap kualiti hidup mereka memang ketara menerusi peningkatan tahap kesihatan secara menyeluruh termasuk kesihatan mental berbanding kumpulan yang tidak bersenam manakala fungsi sosial juga menunjukkan peningkatan yang tinggi," katanya.
Menurutnya, senaman berkenaan juga mudah dilakukan, malah ia secara tidak langsung meningkatkan keyakinan bukan saja di kalangan wanita terbabit, malah wanita lain secara umumnya untuk menikmati gaya hidup yang lebih sihat.
Selain mengawal berat badan, senaman mempunyai pelbagai manfaat termasuk membantu dari segi kesihatan jantung, kekuatan tulang serta mengurangkan tekanan.
Untuk mula bersenam, langkah mudah adalah memilih senaman yang digemari dan mudah dilakukan seperti berjalan pantas pada waktu pagi atau petang. Apapun, sebelum memulakan sebarang senaman, elok berbincang dengan doktor terlebih dulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan