Home » » Rakyat Australia paling obes

Rakyat Australia paling obes

Kajian antarabangsa menyenaraikan Australia sebagai antara negara paling banyak kes kegemukan di dunia, malah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat (AS).

Penduduk Australia mungkin berbangga dengan kehandalan mereka dalam bidang sukan tetapi pertambahan saiz tandas, ambulans dan keranda menunjukkan bahawa negara itu sedang berhadapan dengan masalah obesiti yang melampau.

Australia mempunyai ilusi bahawa negara tersebut akan dipenuhi dengan ahli-ahli sukan.

"Tetapi penglibatan sebenar rakyat dalam sukan adalah 50,000 orang hanya duduk menyaksikan satu pasukan bola sepak yang keletihan beraksi di padang," kata pakar obesiti Universiti Deakin, Boyd Swinburn.

Dianggarkan lebih 7.5 juta rakyat Australia kini didapati mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes. Dua pertiga daripadanya ialah lelaki, separuh wanita dan satu perempat adalah kanak-kanak.

Kajian antarabangsa menyenaraikan Australia sebagai antara negara paling banyak kes kegemukan di dunia dengan Institut Jantung Baker menerima bilangan kes yang luar biasa pada tahun 2008 berbanding Amerika Syarikat (AS).

The Royal Flying Doctors di Australia mengumumkan bulan lepas bahawa mereka sedang mencari pesawat yang lebih luas untuk pesakit yang berat dan gemuk.

"Obesiti berjalan seiring dengan populasi yang semakin meningkat umur dan ia menjadi antara ancaman utama system kesihatan kita.

"Kecenderungan komuniti kita mengalami berat badan berlebihan amat membimbangkan," kata jurucakap wanita ambulans.

Pesawat baru The Flying Doctors kini mampu membawa muatan pesakit seberat 260 kilogram (572 paun) manakala bagi pesawat sedia ada pesakit yang mempunyai berat 140 kilogram (308 paun) harus menggunakan jalan raya.

Pesawat tersebut digunakan bersama ambulans khas yang digunakan di bandar paling popular Australia iaitu di New South Wales.

"Ambulans khas tersebut digunakan untuk mengangkut pesakit yang mempunyai berat melebihi 180 kilogram dan kadangkala melibatkan ahli bomba dan polis.

"Lebih 1,500 pesakit telah dipindahkan menggunakan ambulans khas itu sejak tahun 2002 dan bilangannya bertambah," kata jurucakap tersebut.

Presiden Australian Funeral Directors Association, Wes Heritage memberitahu, tugas menguruskan kematian kini menjadi semakin mencabar.

"Untuk memastikan segalanya kelihatan normal seperti pengebumian biasa merupakan satu cabaran yang besar.

"Ini kerana apabila kita menguruskan keranda yang berisi mayat dengan ketinggian dua meter dan mempunyai berat hampir 300kg, agak sukar untuk kita mengekalkan keadaan seperti pengebumian normal.

"Pekerja perlu dilatih teknik mengangkat keranda dengan betul kerana saiz standard keranda adalah 46 sentimeter (sm). Kebanyakan pembuat keranda kini telah menyediakan stok lebihan untuk keranda bersaiz 81 sm dan dikira sebagai tempahan biasa," kata Heritage.

Katanya, pusat pembakaran mayat juga telah memperluaskan pintu ketuhar mereka kepada 100sm dan istilah kubur standard sudah tidak wujud lagi.

"Tapak kuburan kini tidak mempunyai saiz yang standard seperti dahulu oleh itu sedikit perubahan perlu dilakukan," katanya.

Kekuatan standard mangkuk tandas juga telah dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda selepas lembaga penilaian Standard Australia mendapati, jumlah berat yang tidak ditanggung iaitu 45kg tidak mencukupi.

"Mangkuk tandas tidak lama lagi perlu melepasi ujian berat sebanyak 150kg, iaitu satu jumlah yang menunjukkan pertambahan saiz manusia," kata seorang jurucakap penilaian.

Penyelidik juga telah meminta Standards Australia untuk memaksimumkan berat bagi ujian tempat duduk keselamatan bayi selepas kajian menunjukkan 40 peratus kanak-kanak terlalu berat untuk menggunakan kerusi keselamatan khas kanak-kanak yang biasa.

Model ekonomi terkini meletakkan beban kewangan Australia kerana obesiti pada kadar RM2 bilion setahun dan sistem kesihatan negara tersebut yang berhadapan dengan peningkatan populasi yang mengalami berlebihan berat badan.

Bagaimanapun Swinburn berkata, adalah karut untuk mengatakan Australia adalah negara yang paling gemuk di dunia.

"Bagaimanapun kita memang sedang mengalami satu masalah yang besar dan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikannya.

"Saya berpendapat, Australia mempunyai ramai ahli sukan yang berbakat dan mencipta nama di arena dunia tetapi bagaimana masyarakat menjalankan aktiviti sihat mereka adalah sesuatu yang kita betulkan," katanya. - AFP



1 Komen:

intan said...

Ingin mengurangkan berat badan?
Mungkin ini boleh membantu
http://intan-fiber.blogspot.com

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom